Siakap Keli
UN Women, LeadWomen dan TalentCorp Lancar Makmal Libat Urus Tindakan Korporat WEPs Pertama di Malaysia untuk Memperkasa Kesaksamaan Gender dalam Dunia Perniagaan
Dari kiri, Amir Isyam, Pengarah Urusan, IM Possible Solution, Pengerusi Lembaga Pengarah Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp), YB Puan Wong Shu Qi, Amy Baum, Pakar Program UN Women Asia-Pasifik, Shakira Teh Sharifuddin, Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan Bank Dunia, Dr. John Loh, Pengerusi Kelestarian dan Ekonomi Kitaran, Persatuan PKS Malaysia (SAMENTA).

UN Women, LeadWomen dan TalentCorp Lancar Makmal Libat Urus Tindakan Korporat WEPs Pertama di Malaysia untuk Memperkasa Kesaksamaan Gender dalam Dunia Perniagaan

UN Women, LeadWomen dan TalentCorp Lancar Makmal Libat Urus Tindakan Korporat WEPs Pertama di Malaysia untuk Memperkasa Kesaksamaan Gender dalam Dunia Perniagaan

KUALA LUMPUR, 20 MEI 2025 – UN Women, LeadWomen dan TalentCorp buat julung kalinya hari ini melancarkan inisiatif Libat Urus Tindakan Korporat Prinsip Pemerkasaan Wanita (WEPsCAL) di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. Program ini merupakan program utama di bawah platform Makmal Tindakan Gender UN Women: Inovasi dan Impak untuk Kesaksamaan Gender di Asia-Pasifik, dengan sokongan daripada Jabatan Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Australia. Malaysia menjadi negara pertama daripada empat negara pelaksana yang melancarkan inisiatif WEPs Corporate Action Lab.

WEPs Corporate Action Lab ialah program kohort yang menyokong syarikat dalam menilai kemajuan, menggunakan data dan sumber bersesuaian, serta melaksanakan strategi yang disasarkan untuk memajukan kesaksamaan gender selaras dengan Prinsip Pemerkasaan Wanita (WEPs). WEPs merupakan kerangka global yang membimbing sektor korporat dalam membentuk dasar dan amalan responsif gender, manakala UN Women menggunakannya untuk mendorong perubahan transformatif melalui kerjasama sektor swasta.

Pengerusi Lembaga Pengarah TalentCorp, YB Puan Wong Shu Qi

Majlis pelancaran yang bertemakan ‘Mencorak Masa Depan Tempat Kerja yang Mesra Keluarga’ ini turut mengumumkan barisan pertama WEPs Changemakers Malaysia, yang terdiri daripada 11 syarikat dari pelbagai industri dan saiz organisasi:

  • AirAsia Aviation Management Services Sdn Bhd
  • FGV Holdings Berhad
  • Grant Thornton Malaysia PLT
  • HAYS Malaysia
  • Kiddocare Sdn Bhd
  • Mastrak Sdn Bhd
  • Micron Memory Malaysia Sdn Bhd
  • PEOPLElogy Development Sdn. Bhd.
  • QSR Brands (M) Holdings Bhd
  • Sagemaker Asia PLT
  • WIPRO UNZA MALAYSIA SDN BHD

Katja Freiwald, Ketua Serantau untuk Pemerkasaan Ekonomi Wanita dan Migrasi, UN Women Asia-Pasifik, berkata semasa pelancaran, “Transformasi perniagaan dan tempat kerja merupakan kunci untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja dan membina ekonomi yang lebih inklusif dan berdaya tahan. Pelancaran WEPs Corporate Action Lab dengan tema ‘Mencorak Masa Depan Tempat Kerja yang Mesra Keluarga’ membuktikan komitmen Malaysia untuk menjadi peneraju di rantau ini dalam menghasilkan penyelesaian yang boleh dikembangkan.”

Majlis ini turut menampilkan sesi panel bersama YB Wong Shu Qi, Pengerusi Lembaga Pengarah TalentCorp; Amy Baum, Pakar Program UN Women Asia-Pasifik; Shakira Teh Sharifuddin, Ahli Ekonomi Kanan Kumpulan Bank Dunia; dan Dr. John Loh, Pengerusi Kelestarian dan Ekonomi Kitaran, Persatuan PKS Malaysia (SAMENTA). Perbincangan memberi tumpuan kepada kepentingan kerjasama awam-swasta dalam membentuk tempat kerja yang mesra keluarga untuk menyokong kemasukan semula, pengekalan dan kejayaan wanita dalam tenaga kerja.

Clare Gatehouse, Kaunselor Politik dan Ekonomi, Suruhanjaya Tinggi Australia ke Malaysia, berkata, “Kesaksamaan gender memberi manfaat kepada semua. Ia memacu pertumbuhan ekonomi, mengukuhkan perpaduan sosial dan meningkatkan kesejahteraan masyarakat. Australia berbangga menyokong program inovatif ini yang menyumbang kepada penyertaan ekonomi wanita melalui penyelesaian praktikal yang diterajui sektor swasta.”

Pengerusi Lembaga Pengarah TalentCorp, YB Puan Wong Shu Qi Ketika berucap di majlis Libat Urus Tindakan Korporat Prinsip Pemerkasaan Wanita (WEPsCAL) di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, hari ini.

Dalam ucapannya, Pengerusi Lembaga Pengarah TalentCorp, YB Puan Wong Shu Qi, menyatakan komitmen TalentCorp untuk memperkasakan wanita melalui program ini “TalentCorp berbangga menjadi peneraju dalam inisiatif ini, bekerjasama dengan rakan strategik untuk meruntuhkan halangan dan membina laluan yang membolehkan wanita mengimbangi kerjaya dan tanggungjawab penjagaan keluarga – sekaligus membuka potensi penuh mereka dan membentuk masa depan di mana kesaksamaan gender memacu kemakmuran negara.”

“Kerjasama ini merupakan titik perubahan penting dalam komitmen kolektif kita untuk memperkasa wanita di seluruh Malaysia. Melalui kerjasama kukuh antara sektor awam dan swasta, kita berharap dapat mempercepatkan usaha mencapai kadar penyertaan wanita dalam tenaga kerja sebanyak 60%, membentuk tempat kerja yang mesra keluarga serta memastikan peluang sama rata untuk semua wanita menyumbang dan berjaya.” tambahnya.

Pelancaran Malaysia WEPs Corporate Action Lab menandakan satu langkah besar dalam memperkukuh kesaksamaan gender di landskap perniagaan Malaysia. UN Women, LeadWomen dan TalentCorp yakin bahawa inisiatif ini akan memperkasakan syarikat untuk mewujudkan tempat kerja yang lebih inklusif dan saksama, sekaligus menyumbang kepada ekonomi yang berkembang pesat dengan penyertaan penuh wanita.

Selaras dengan peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025 dan temanya ‘Kemampanan dan Inklusiviti’, fokus program ini kepada tempat kerja mesra keluarga turut disokong oleh kerjasama baharu UN Women dengan ASEAN-Business Advisory Council Malaysia, di bawah sokongan ASEAN Inclusivity Collective—dijangka mencetuskan gerakan serantau dalam memperkukuh pertumbuhan ekonomi inklusif di seluruh ASEAN.

Untuk maklumat lanjut, layari: www.talentcorp.com.my/wanitaMyWira

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.