Siakap Keli
Gempa Bumi Tsunami Greece
Gambar: METMalaysia

Gempa Bumi Landa Greece, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Gempa Bumi Landa Greece, Amaran Tsunami Dikeluarkan

Satu gempa bumi kuat telah dilaporkan berlaku di Crete, Greece pada jam 11.19 pagi, hari ini.

Gempa tersebut direkodkan pada koordinat 35.4° Utara dan 25.6° Timur, dengan magnitud 6.2 pada skala Richter.

Menurut maklumat daripada Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), pusat gempa bumi ini terletak 49 kilometer Timur dari Iraklion, Greece, dengan kedalaman 47 kilometer.

Tambah METMalaysia, tiada ancaman tsunami yang dilaporkan kepada Malaysia setakat ini.

Di sisi lain, Pusat Seismologi Euro-Mediterranean (EMSC) dan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) turut mengesahkan kejadian ini.

Difahamkan, gegaran kuat turut dirasai di kawasan Kepulauan Aegean serta sejauh ibu negara Athens di tanah besar Greece.

Selain itu, Israel, Mesir dan Cyprus turut melaporkan gegaran yang sama, menurut BNO News, seperti dilapor The Mirror US.

Media tempatan melaporkan, hal ini sekali lagi telah mencetuskan kebimbangan tsunami di sepanjang pesisir timur Mediterranean.

Pusat Penyelidikan Geosains Jerman mengesahkan bahawa gegaran kuat ini telah mendorong pihak berkuasa untuk menilai risiko berlakunya tsunami, khususnya di kawasan pantai Eropah yang terdedah.

Untuk info, gempa terbaharu ini berlaku hanya beberapa hari selepas satu lagi gempa bermagnitud 6.0 menggoncang kawasan Laut Mediterranean, yang turut memberi kesan kepada Crete, Kepulauan Aegean, Israel dan Mesir.

Setakat ini, tiada laporan kecederaan atau kerosakan besar diterima. Namun pihak berkuasa tempatan sedang giat menjalankan pemeriksaan dan pemantauan terhadap kesan gempa tersebut.

BACA: Dua Kakitangan Kedutaan Israel Maut Ditembak

Sumber: The Mirror US

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.