Siakap Keli
Kakitangan Kedutaan Israel Maut Ditembak
Gambar: CBS via BBC

Dua Kakitangan Kedutaan Israel Maut Ditembak 

Dua Kakitangan Kedutaan Israel Maut Ditembak 

Dua kakitangan Kedutaan Israel di Amerika Syarikat (AS) maut ditembak di luar Muzium Yahudi Capital di Washington, DC, pada malam Rabu.

Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS, Kristi Noem mengesahkan kejadian itu melalui satu kenyataan di platform X.

Beliau memaklumkan bahawa kedua-dua mangsa merupakan kakitangan kedutaan Israel yang “dibunuh secara tidak berperikemanusiaan” berdekatan dengan muzium tersebut.

CNN melaporkan, Jurucakap Kedutaan Israel, Tal Naim Cohen memaklumkan bahawa kedua-dua kakitangan tersebut ditembak dari jarak dekat ketika menghadiri satu majlis Yahudi di muzium berkenaan.

Kedutaan Israel turut mengesahkan bahawa Duta Besar Israel tidak berada di lokasi kejadian ketika insiden berlaku.

BACA: PBB: Tiada Bantuan Diagihkan Di Gaza, Terkandas Di Lintasan Kerem Shalom

Sementara itu, Ketua Polis Metropolitan, Pamela Smith dalam satu sidang media berkata, kejadian tembakan dipercayai dilakukan oleh seorang suspek lelaki yang kini telah ditahan.

“Suspek dilihat mundar-mandir di luar muzium sebelum menghampiri sekumpulan empat orang, mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan yang mengenai dua mangsa,” jelas Smith.

Menurut Smith, selepas melepaskan tembakan, suspek memasuki bangunan muzium dan berjaya ditahan oleh pasukan keselamatan.

Ketika digari, suspek memberitahu lokasi dia membuang senjata tersebut, yang kemudian ditemui oleh pihak berkuasa.

BACA: Bitcoin Capai Rekod Tertinggi Baharu

Peguam Negara AS, Pam Bondi dan Peguam Negara Sementara bagi DC, Jeanine Pirro, bergegas ke lokasi kejadian sejurus selepas tembakan berlaku.

Bondi memaklumkan bahawa beliau telah beberapa kali berbincang dengan Presiden Donald Trump pada malam tersebut berhubung kejadian itu.

Dalam pada itu, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut berhubung motif sebenar serangan dan latar belakang suspek.

Keselamatan sekitar kawasan diplomatik dan institusi Yahudi di Washington DC juga kini diperketatkan.

BACA: Bumbung Menara Bersejarah Dinasti Ming Runtuh

Sumber: CNN

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.