Siakap Keli
bumbung menara dinasti ming runtuh
Kredit: Video tular/X

Bumbung Menara Bersejarah Dinasti Ming Runtuh 

Bumbung Menara Bersejarah Dinasti Ming Runtuh

Bumbung sebuah menara bersejarah dari era Dinasti Ming runtuh di Wilayah Anhui, China, menyebabkan ratusan keping jubin jatuh ke tanah berhampiran para pelawat di lokasi berkenaan.

BBC melaporkan, insiden yang berlaku sekitar jam 6.30 petang waktu tempatan pada Isnin itu berjaya dirakam oleh saksi kejadian.

Ia memperlihatkan sebahagian struktur bumbung runtuh dan hampir menghempap beberapa orang pengunjung.

https://x.com/amuse/status/1925241887092318299

Menurut kenyataan rasmi Biro Kebudayaan dan Pelancongan Daerah Fengyang yang dipetik oleh media tempatan, tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Menara Gendang (Drum Tower) yang menjadi tumpuan itu dipercayai merupakan menara terbesar seumpamanya di China.

Ia asalnya dibina pada tahun 1375 semasa pemerintahan Dinasti Ming, dan telah menjalani kerja pembinaan semula secara menyeluruh pada tahun 1995.

Pihak berkuasa daerah, yang terletak kira-kira 320 kilometer dari Beijing, memaklumkan bahawa satu siasatan telah pun dimulakan.

Kenyataan rasmi turut dikongsikan melalui aplikasi pemesejan tempatan, WeChat, lapor BBC.

Selepas kejadian, pihak berkuasa bertindak segera mengalihkan orang awam dari kawasan kejadian dan mengawal lokasi runtuhan.

Siasatan akan memberi tumpuan kepada aspek reka bentuk dan pelaksanaan projek baik pulih yang pernah dijalankan sebelum ini.

Laporan turut menyatakan bahawa beberapa pasukan pemantau telah dihantar ke lokasi dengan kehadiran pakar bagi membantu dalam proses penyiasatan dan pengesahan.

Difahamkan, menara tersebut kini ditutup kepada orang awam bagi membolehkan kerja-kerja pembaikan dijalankan, dan tarikh pembukaannya semula akan diumumkan kelak.

BACA: Individu Lepas Ular Di Kondominium, Protes Penghuni Bela Haiwan Peliharaan

BACA: Kes COVID-19 Di Thailand Berganda, Bangkok Catat Lebih 6,000 Jangkitan

BACA: China Lancar 100 Lori Lombong Elektrik Tanpa Pemandu

Sumber: BBC

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.