Siakap Keli
ular kondominium
Gambar: Facebook/ Onginn Intramas

Individu Lepas Ular Di Kondominium, Protes Penghuni Bela Haiwan Peliharaan

Individu Lepas Ular Di Kondominium, Protes Penghuni Bela Haiwan Peliharaan

BANGKOK — Seorang penduduk sebuah kondominium di Ratchada, Bangkok bertindak melepaskan dua ekor ular ke dalam koridor bangunan sebagai tanda protes terhadap pihak pengurusan yang didakwa gagal mengambil tindakan terhadap penghuni yang melanggar polisi larangan haiwan peliharaan, lapor Thaiger.

Dalam video yang dimuat naik di media sosial memaparkan dua reptilia bersaiz besar berwarna hitam dan coklat itu merayap di hadapan lif.

Menurut penduduk, walaupun peraturan kediaman itu melarang sebarang bentuk haiwan peliharaan, namun ramai penghuni didapati secara senyap memelihara anjing, kucing, burung dan haiwan lain di unit masing-masing.

Perkara ini menimbulkan ketidakselesaan kepada penduduk lain berikutan gangguan bunyi daripada haiwan ini.

Sementara itu, tindakan itu mengundang perdebatan hangat dalam kalangan komuniti kondominium.

Sebahagian penduduk menyokong tindakan berani tersebut, malah ada yang berpendapat tindakan itu tidak wajar dilakukan.

Susulan insiden berkenaan, pihak pengurusan dilaporkan telah mengenakan denda sebanyak 10,000 baht kepada setiap pemilik haiwan yang telah disenaraikan. Ia termasuk mengarahkan agar haiwan-haiwan tersebut dipindahkan segera dari kediaman.

Dalam masa sama, pemilik ular turut dikenakan tindakan denda dan dua reptilia itu telah dikeluarkan dari kawasan kondominium itu.

https://www.facebook.com/watch/?v=564494756704215

Sumber: The Thaiger

BACA: Ular 3 Meter ‘Tersangkut’ Dalam Mangkuk Tandas

BACA: Hampir 100,000 Pengguna Johor Bahru Terjejas, Pam Utama LRA Sungai Johor Rosak

BACA: Youtuber Terkejut Selepas 3 Jam Tinggal iPhone Di Luar Stadium Arab Saudi

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.