Siakap Keli
Ular mangkuk tandas
Sumber: The Thaiger

Ular 3 Meter ‘Tersangkut’ Dalam Mangkuk Tandas

Ular 3 Meter ‘Tersangkut’ Dalam Mangkuk Tandas

Penghuni sebuah rumah dikejutkan dengan penemuan seekor ular sepanjang tiga meter yang ‘tersangkut’ dalam mangkuk tandas.

Kejadian yang berlaku di Samut Songkhram, Thailand itu memerlukan campur tangan pasukan kecemasan bagi mengeluarkan reptilia tersebut.

Menurut laporan, ular berkenaan dikenali sebagai spesies pemakan ikan yang bersaiz besar.

Disebabkan saiznya yang terlalu panjang, ia tidak dapat melepaskan diri selepas memasuki sistem perpaipan tandas.

Sebaik tiba di lokasi, anggota penyelamat mendapati kepala ular itu terjulur keluar dari mangkuk tandas.

Usaha awal untuk menariknya keluar gagal kerana badannya yang besar tersekat di dalam saluran paip.

Selepas mendapatkan kebenaran pemilik rumah, pihak bomba mengambil keputusan untuk memecahkan tandas bagi membebaskan ular tersebut.

Sumber: The Thaiger

Selepas berjaya dikeluarkan, ular itu kemudiannya dilepaskan kembali ke habitat asalnya.

Sementara itu, seorang anggota bomba dari jabatan perbandaran, menasihatkan penduduk agar lebih berhati-hati dan memastikan tandas dibilas terlebih dahulu sebelum digunakan.

Beliau turut mengingatkan bahawa kejadian ular memasuki kediaman bukan sesuatu yang luar biasa di Thailand.

Terdahulu, insiden serupa berlaku di sebuah kondominium di Pattaya apabila seekor ular sawa sepanjang enam meter ditemui melingkar di siling bangunan.

Operasi menyelamat mengambil masa hampir 30 minit sebelum ular tersebut berjaya dikeluarkan.

BACA: Gerai Mercun Terbakar, Lima Kenderaan Musnah

BACA: Lelaki Ditahan Terkait Kes Tembakan Di Kluang

BACA: Polis Yakin Suspek Kes Tembak Setia Alam Akan Ditahan Dalam Masa Terdekat

Sumber: The Thaiger

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.

error: