Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Youtuber Terkejut Selepas 3 Jam Tinggal iPhone Di Luar Stadium Arab Saudi

Hannah
Youtuber Tinggal iPhone Luar Stadium Arab Saudi
Kredit: TikTok @johnnellis_

Youtuber Terkejut Selepas 3 Jam Tinggal iPhone Di Luar Stadium Arab Saudi

Tak dinafikan, ramai antara kita pasti panik jika tertinggal telefon bimbit walau sekejap, apatah lagi di tempat awam yang sesak dengan orang ramai.

Namun, berbeza pula dengan pengalaman luar biasa seorang YouTuber dari Ireland, Jhon Nellis, yang melakukan satu eksperimen sosial yang mengejutkan ramai.

Difahamkan, Jhon berkunjung ke Riyadh untuk menyaksikan perlawanan kelab bola sepak popular, Al Nassr FC, yang turut dibintangi legenda bola sepak dunia, Cristiano Ronaldo.

Namun, bukan sekadar menonton perlawanan, Jhon juga melakukan satu eksperimen sosial yang tak dijangka.

3 jam tinggal iPhone di luar Stadium Arab Saudi, Youtuber ini terkejut apa yang jadi

Beliau sengaja meninggalkan iPhone miliknya di atas sebuah bangku taman berdekatan dengan Stadium Al-Awwal.

Kemudian, Jhon masuk ke dalam stadium dan meluangkan masa lebih tiga jam untuk menikmati aksi Cristiano Ronaldo bersama pasukan Al Nassr.

Dalam tempoh itu, tiada siapa yang tahu bahawa telefon miliknya dibiarkan begitu sahaja di luar stadium, tanpa sebarang pengawasan.

Difahamkan, lokasi item berharga itu ditinggalkan bukanlah kawasan sunyi. Sebaliknya, dipenuhi pengunjung dan peminat bola sepak yang datang dari pelbagai tempat.

Selepas tamat perlawanan, Jhon berjalan keluar menuju ke bangku tempat dia meninggalkan telefonnya.

Dengan penuh rasa ingin tahu, beliau menoleh ke arah tempat tersebut. Dia amat terkejut apabila mendapati iPhone miliknya masih berada di situ, tidak diusik.

“Itulah negara Muslim”

Menjengah ke ruangan komen video yang dikongsikan di TikTok itu, rata-rata warga maya meninggalkan reaksi yang pelbagai.

Ada yang menyifatkan Arab Saudi sebagai antara negara paling selamat di dunia untuk pelancong.

Malah, ada juga yang mengakui bahawa mereka tidak berani melakukan perkara yang sama di negara sendiri.

BACA: Ramai Simpan Dekat Rumah, Tapi 7 Barang Ni Sebenarnya Bahaya

BACA: Kereta Hilang Atau Dicuri, Ini Langkah Yang Perlu Dilakukan Pemilik

BACA: Tip Cuci Baju Putih Guna Mesin Basuh, Tapi Kekal Cerah

Sumber: TikTok @johnnellis_