Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
barang bahaya dekat rumah
Gambar: AI/ImageFX

Ramai Simpan Dekat Rumah, Tapi 7 Barang Ni Sebenarnya Bahaya

Hannah

Ramai Simpan Dekat Rumah, Tapi 7 Barang Ni Sebenarnya Bahaya

Rumah bukan sekadar tempat untuk berehat selepas penat seharian bekerja. Ia juga ruang di mana anak-anak membesar, bermain, dan belajar tentang kasih sayang.

Di sinilah juga seluruh keluarga berkumpul, menikmati hidangan bersama, berkongsi tawa dan kadangkala juga air mata.

Bagi kebanyakan ibu bapa, menjaga rumah bukan sekadar mengemas atau menghias. Ia adalah tanggungjawab besar demi kesihatan dan kebahagiaan keluarga.

Lebih-lebih lagi buat para ibu, yang tidak pernah ‘cuti’ daripada memastikan rumah sentiasa bersih, kemas dan selamat untuk orang tersayang.

Namun, tanpa kita sedari, terdapat beberapa barangan harian yang sering digunakan di rumah sebenarnya boleh memudaratkan kesihatan.

Atas sebab itu, kami ingin kongsikan tujuh barang dekat rumah yang masih ramai simpan tetapi sebenarnya bahaya, seperti yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia.

1. Ubat tamat tempoh

Ramai yang masih simpan ubat lama dalam peti sejuk atau kotak ubat, kononnya untuk kecemasan.

Tapi, ubat yang telah tamat tempoh bukan sahaja kurang berkesan, malah sesetengahnya boleh bertukar menjadi toksik.

2. Kosmetik lama atau expired

Pernah terfikir berapa lama lipstik atau bedak yang anda guna tu dah berada dalam beg mekap?

Sebaiknya buang produk yang sudah berubah bau, warna atau tekstur. Ini kerana kosmetik yang dah lama atau tamat tempoh boleh menyebabkan iritasi, jerawat, gatal-gatal malah jangkitan kulit.

3. Bekas plastik lama atau calar

Bekas plastik yang nampak ‘berparut’ atau calar halus mungkin sudah tidak selamat untuk digunakan.

Ini kerana retakan halus ini boleh menyebabkan bahan kimia larut ke dalam makanan kita.

4. Berus gigi lebih 3 bulan

Jika digunakan terlalu lama, bulunya akan haus, sukar untuk membersih dengan sempurna dan boleh mengumpul bakteria yang banyak.

5. Penapis air tak pernah ditukar

Ramai rasa selamat minum air dari penapis, tapi lupa bahawa penapis itu sendiri perlu diselenggara.

Jika tidak pernah ditukar, ia mungkin sudah dipenuhi logam berat, kotoran dan bakteria. Ini menjadikan air anda tidak selamat diminum walaupun nampak bersih.

6. Bantal & tilam lebih 5 tahun

Bantal dan tilam lama mungkin kelihatan biasa saja dari luar, tapi dalamnya berkemungkinan besar penuh dengan habuk dan hama rumah.

Ini boleh menyebabkan alahan, gatal-gatal dan gangguan pernafasan.

7. Sponge mekap lama

Sponge mekap yang digunakan setiap hari dan tidak dibersihkan kerap akan menjadi tempat pembiakan bakteria.

Jika terus digunakan, ia boleh menyebabkan jerawat dan jangkitan kulit.

Jangan sayang barang lebih daripada sayang diri sendiri

Kadangkala kita rasa rumah sudah cukup bersih dan teratur. Barang-barang masih nampak elok, jadi kita pun terus gunakannya seperti biasa.

Malah, ada juga yang masih disimpan kerana ‘sayang’ untuk dibuang. Padahal, barang-barang ini mungkin sudah tidak selamat lagi untuk digunakan dan secara senyap mengancam kesihatan keluarga.

Walaupun nampak ‘ok’ pada pandangan mata kasar, hakikatnya banyak daripada barangan ini sudah terlalu lama ‘berkhidmat’ dan patut diganti.

BACA: Ejen Ali The Movie 2: Misi Satria Bukan Sekuel Biasa

BACA: PTU Cipta Sejarah, Pamer Kehandalan Terbangkan ‘Toruk Makto’

BACA: Tip Interview: 3 Kesilapan Terbesar Dalam Resume Calon Temu Duga

Sumber: Public Health Malaysia