Siakap Keli
Gambar: Bernama

Kereta Hilang Atau Dicuri, Ini Langkah Yang Perlu Dilakukan Pemilik

Kereta Hilang Atau Dicuri, Ini Langkah Yang Perlu Dilakukan Pemilik

Setiap harta benda persendirian sama ada kecil atau besar, sudah tentu dijaga sebaik mungkin kerana ia merupakan sesuatu yang tidak ternilai kepada kita.

Walau bagaimanapun, harta benda yang dijaga rapi kadangkala juga boleh hilang sekelip mata dari pandangan kita.

Sekiranya situasi ini terjadi, pasti ramai yang mula panik dan tidak tahu nak buat apa khususnya melibatkan kecurian kenderaan.

Sehubungan itu, SK hari akan kongsikan tindakan yang boleh diambil jika kenderaan anda dicuri.

Mari ikuti perkongsian pengguna Facebook Ezreen Muhaizia Marzukhi, mengenai kereta hilang boleh tuntut insurans ataupun tidak di bawah.

Apa Boleh Buat Kalau Kereta Hilang?

Kereta hilang boleh claim ke?

Ramai yang panik bila kereta kena curi. Tapi ramai juga masih tak tahu hak masing-masing bila benda ni jadi.

Jom kita faham secara ringkas:

1. Boleh ke nak claim kalau kereta hilang?

Ya, boleh claim kalau ambil insurans jenis “Comprehensive” (insurans full). Tapi kalau ambil 3rd party sahaja, memang tak dapat apa-apa pampasan sebab insurans tu hanya lindung pihak ketiga, bukan kereta kita.

2. Kalau kereta dah habis bayar, tapi insurans cuma 3rd party?

Kalau kereta hilang, tiada pampasan walaupun dah habis bayar. Insurans tak akan tanggung kerugian. Hanya Comprehensive Policy yang cover kecurian.

3. Kalau masih ada loan bank?

Kalau ada hutang dengan bank dan kereta kena curi, insurans akan bayar kepada bank dulu. Kalau pampasan cukup, loan akan settle. Tapi kalau nilai insurans rendah dari baki loan, kena top up sendiri baki hutang.

4. Betul ke insurans tak bayar kalau kereta hilang?

Insurans akan bayar, tapi mesti ikut syarat:

  • Kena buat report polis dalam 24 jam
  • Kena tunggu siasatan selesai (kadang 2-3 bulan)
  • Kena pastikan insurans dalam tempoh aktif dan jenis komprehensif.

5. Ganti rugi tu ikut nilai apa?

Nilai gantian ikut “Sum Insured” dalam polisi insurans. Bukan ikut harga semasa pasaran. So kalau insurans kita declare nilai kereta RM30,000 maka itulah maksimum yang boleh dapat, walaupun harga pasaran RM40,000.

6. Boleh ke pampasan insurans cover hutang bank?

Boleh, kalau nilai insurans cukup tinggi. Tapi ramai silap, letak “sum insured” rendah sangat masa ambil polisi, sebab nak jimat premium. Bila kena curi, kerugian sendiri yang kena tanggung.

Tip:

1. Kalau kereta masih hutang, ambil insurans “comprehensive”.

2. Pastikan “sum insured” selaras dengan nilai semasa kereta.

3. Kalau boleh, ambil sekali “agreed value”, supaya lebih pasti dengan jumlah pampasan.

Kesimpulan:

Kereta hilang bukan sekadar hilang harta, tapi boleh jadi beban hutang. Jangan main ambil 3rd party je sebab murah. Bayar lebih sikit untuk polisi komprehensif, demi ketenangan bila musibah datang.

Nak selamat, semak balik polisi insurans kereta anda hari ini.

Sumber: Ezreen Muhaizie Marzukhi via Facebook

BACA: Nak Enjin Tahan Lama, Buat Benda ‘Ni’ Dulu Sebelum Isi Minyak Hitam

BACA: Bekas Pelajar Hadiahkan Bas Untuk Sekolah Sempena Hari Guru

BACA: Kenali Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Dapat Anugerah Pengendali Bagasi Terbaik Dunia

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.