Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
lapangan terbang antarabangsa kansai
Kredit: The Japan News

Kenali Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Dapat Anugerah Pengendali Bagasi Terbaik Dunia

Azizah Najib

Kenali Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, Dapat Anugerah Pengendali Bagasi Terbaik Dunia

Dalam kesibukan dunia penerbangan, kehilangan bagasi mungkin dianggap perkara biasa. Namun di Jepun, terdapat sebuah lapangan terbang yang berjaya mencipta rekod luar biasa. Lapangan terbang tersebut tidak pernah sekali pun mencatatkan kehilangan bagasi penumpang akibat kesilapan pengendalian dalam tempoh 30 tahun.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai (KIX) yang mula beroperasi pada tahun 1994, bukan sekadar terminal transit, tetapi simbol disiplin dan ketelitian Jepun dalam perkhidmatan awam.

Kehebatan KIX dalam pengurusan bagasi terbukti apabila memenangi Anugerah Perkhidmatan Penghantaran Bagasi Lapangan Terbang Terbaik Dunia oleh Skytrax pada tahun lalu. Penganugerahan ini bukan yang pertama kali, tetapi lapangan terbang ini sudah menerima anugerah ini sebanyak lapan kali berturut-turut. Skytrax merupakan sebuah syarikat penyelidikan perkhidmatan lapangan terbang yang berpangkalan di Britain. Syarikat ini menilai aspek seperti masa menunggu penumpang, kecekapan penghantaran dan pengendalian kehilangan bagasi bagi anugerah ini.

Bayangkan keadaan ketika waktu puncak, KIX mengendalikan sehingga 30,000 bagasi berdaftar setiap hari. Namun reputasi sifar kehilangan bagasi tetap dapat dikekalkan.

Selain penggunaan alat pengesan moden, kakitangan lapangan terbang turut menjalankan rondaan untuk memeriksa beg yang tercicir.

Kakitangan sokongan di lapangan berperanan penting bagi memastikan proses ini berjalan lancar. Selepas bagasi diambil dari kawasan pengendalian bagasi setelah tiba di lapangan terbang, mereka akan menyusun bagasi secara manual supaya bahagian pemegangnya menghadap arah yang memudahkan penumpang mengambil bagasi mereka.

Kejayaan KIX tidak terhad kepada pengurusan bagasi sahaja.

Lapangan terbang ini turut mendapat tempat ketujuh bagi kategori Lapangan Terbang Terbaik Dunia Asia dan tempat keempat kategori Lapangan Terbang Terbaik Dunia mengikut Bilangan Penumpang seramai 20 hingga 50 juta penumpang.

Sementara itu, Lapangan Terbang Antarabangsa Osaka pula menduduki tempat keempat bagi kategori Lapangan Terbang Domestik Terbaik Dunia.

Sumber: Kansai International Airport, The Japan News

BACA: Garis Badai Dijangka Sepanjang Monsun Barat Daya, Ini Kesannya

BACA: Lokasi Hotel Jemaah Haji 2025 Di Madinah & Mekah