Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta di Jakarta serta beberapa lapangan terbang utama lain di Indonesia kembali beroperasi pada Selasa selepas ditutup susulan letusan Gunung Anak Krakatau yang menyebabkan krisis abu gunung berapi.
Menteri Pengangkutan Indonesia, Dudy Purwagandhi memaklumkan lapangan terbang lain termasuk Lapangan Terbang Halim Perdanakusuma, Lapangan Terbang Sastranegara di Bandung, Lapangan Terbang Pondok Cabe dan Lapangan Terbang Budiarto.
“Sebelum ini, kami sudah membuka lapangan terbang yang berada di Pagar Alam,” katanya dalam satu kenyataan.
Lapangan Terbang Soekarno-Hatta Dibuka Semula
Kata Dudy, pembukaan kelima-lima lapangan terbang tersebut dibuat berdasarkan maklumat dan data yang diperoleh daripada Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) serta Pusat Nasihat Abu Volkanik Darwin (VAAC).
“Pesawat pertama yang berangkat tadi adalah pesawat kargo, kemudian nanti pesawat Garuda yang menuju ke Sorong dan Jayapura dan pesawat Batik yang akan ke Ambon,” maklumnya.
Dalam pada itu, sekitar 178 pesawat yang berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Soekarno-Hatta akan menjalani pemeriksaan terlebih dahulu sebelum dibenarkan melakukan penerbangan.
“Kami akan beri kebenaran pesawat-pesawat ini untuk berlepas, namun kami ingin memastikan pesawat-pesawat ini layak untuk melakukan penerbangan.
“Jadi kami mungkin memerlukan sedikit masa daripada pesawat-pesawat ini. Kami mohon kesabaran dari penumpang dan orang ramai supaya kami dapat memastikan pesawat-pesawat ini layak untuk terbang,” katanya.
Sebagai info, abu gunung berapi yang susulan letusan Gunung Anak Krakatau mencapai ketinggian sehingga 20,000 kaki (6,000 meter) di Jawa, dan sehingga 50,000 (15,000 meter) di bahagian Sumatera.
Susulan itu, Kementerian Pengangkutan Indonesia menutup sementara beberapa lapangan terbang utama Indonesia bagi memastikan keselamatan orang ramai serta pesawat.

