Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
bekas pelajar hadiahkan bas untuk sekolah
Gambar: Mysesma Alumni SM Sains Sultan Mahmud
Tiada Kategori

Bekas Pelajar Hadiahkan Bas Untuk Sekolah Sempena Hari Guru

Hannah

Bekas Pelajar Hadiahkan Bas Untuk Sekolah Sempena Hari Guru

Umum diketahui, sambutan Hari Guru saban tahun menjadi wadah penuh makna bagi menghargai jasa dan pengorbanan para pendidik yang tidak pernah jemu mencurah bakti.

Ia turut menjadi momen istimewa untuk menyemai semula rasa terima kasih kepada mereka yang menjadi tulang belakang dalam mencorak masa depan anak bangsa.

Namun, tahun ini, sambutan Hari Guru di Sekolah Menengah Sains Sultan Mahmud (SESMA) benar-benar luar biasa. Sekumpulan bekas pelajarnya menghadiahkan sebuah bas baharu bernilai RM670,000 untuk sekolah tercinta.

Hadiah istimewa itu disumbangkan oleh Persatuan Bekas Pelajar Sekolah SESMA (My SESMA). Ia adalah tanda penghargaan terhadap jasa guru-guru yang telah mendidik mereka suatu ketika dahulu.

Majlis penyerahan telah berlangsung dalam suasana penuh meriah, diserahkan sendiri oleh Presiden My SESMA, Mohd Zuber Embong kepada Pengetua SESMA, Hayati A Rahman.

https://www.facebook.com/reel/702291866088523

Melalui video yang dikongsikan di laman Facebook rasmi Mysesma, jelas terpancar keterujaan warga sekolah, termasuk para guru dan pelajar, yang menyambut ketibaan bas tersebut.

https://www.facebook.com/reel/985580613388476

Suasana majlis tersebut menjadi tular dan menerima pujian meluas daripada warga maya yang turut tersentuh dengan usaha murni para alumni berkenaan.

Difahamkan, selain bas, My SESMA juga turut menghadiahkan surau baharu untuk keselesaan warga sekolah.

Sejauh mana pun seseorang pergi, tidak pernah dilupakan bahawa gurulah yang membentuk dirinya hari ini.

Sesungguhnya, tiada hadiah yang lebih bermakna buat seorang pendidik. Selain melihat anak didiknya berjaya dan kembali memberi sumbangan kepada sekolah serta masyarakat.

Semoga tindakan My SESMA ini menjadi contoh unggul buat generasi muda, bahawa jasa guru, tidak wajar dilupa.

BACA: Hari Guru 2025: Tarikh, Sejarah & Sambutan Peringkat Kebangsaan

Sumber: Mysesma Alumni SM Sains Sultan Mahmud