Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
sejarah tarikh tradisi Hari Hol Pahang
Gambar: Pahang Media

Hari Hol Pahang: Sejarah, Tarikh & Tradisi Negeri

Siti Nur Ain Natasya

Hari Hol Pahang: Sejarah, Tarikh & Tradisi Negeri

Hari Hol Pahang merupakan satu hari yang amat bermakna bagi rakyat negeri Pahang. Ia diadakan setiap tahun sebagai tanda penghormatan kepada Sultan Pahang yang telah mangkat.

Latar belakang dan sejarah

Hari Hol mula diperkenalkan secara rasmi sebagai cuti umum pada tahun 1974.

Ia bersempena memperingati kemangkatan Sultan Pahang keempat, Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’azzam Shah.

Baginda mangkat di Istana Peninjau, Pekan pada 7 Mei 1974, setelah memerintah negeri Pahang selama 42 tahun.

Berikut dikongsikan sejarah ringkas Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah, seperti dikongsikan portal rasmi Majlis Daerah Maran.

1. Duli Yang Maha Mulia Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah ibni Sultan Abdullah Al-Mu’tassim Billah Shah telah diputerakan pada 29 Mei 1904 bersamaan 14 Rabi’ul Awal Tahun 1322 Hijrah.

Baginda merupakan putera kepada Al-Marhum Sultan Abdullah dengan Che Kalsum bt Abdullah.

2. Baginda sentiasa menjelajah ke seluruh pelusuk negeri, daerah, kampung-kampung untuk bersama-sama dengan rakyat jelata.

Baginda juga turut menyokong proses untuk mendapatkan kemerdekaan untuk Tanah Melayu pada ketika itu.

Ketika pemerintahan Baginda jugalah telah lahir ramai pendekar-pendekar yang handal di negeri Pahang.

3. Di zaman pemerintahan Baginda, bermulalah mercu tanda pembangunan Negeri Pahang moden, di mana perubahan dari segi politik dan sosial berlaku dengan cukup pesat walaupun dengan kemaraan Tentera Jepun di Tanah Melayu ketika Perang Dunia Kedua.

4. Kepesatan pertumbuhan ekonomi seperti perlombongan bijih timah, emas dan perladangan getah berlaku pada zaman pemerintahan Baginda sejurus selepas Kemerdekaan Tanah Melayu.

Semasa pemerintahan Baginda juga, ibu negeri Pahang yang pada ketika itu Kuala Lipis, telah dipindahkan ke Kuantan.

Sebagai seorang Raja Pemerintah yang sangat prihatin atas segala hal ehwal berkaitan perkembangan agama Islam di Negeri Pahang, Baginda telah mengambil beberapa langkah untuk kemajuan dan kebangkitan agama.

Di antaranya, pada Mac 1950 menubuhkan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Pahang, menghidupkan kembali jawatan Mufti kerajaan kepada jawatan Kadi Besar serta mewujudkan sebuah Sekolah Arab Tinggi dengan nama Kulliah Al-Lughah Waddin As-Sultan Abu Bakar dalam tahun 1941.

5. Baginda merupakan seorang Raja pencetus kemodenan atau pembawa arus perubahan di dalam sejarah Negeri Pahang moden. Banyak adat-adat yang tidak bersesuaian pada masa itu ditinggalkan. Baginda mengikut dan bergerak menurut masa dari segi pemikiran, pemerintahan dan memimpin rakyat.

Bagaimanapun, selepas kemangkatan Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah ibni Almarhum Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al-Mu’adzam Shah pada 22 Mei 2019, ia mula disambut pada 22 Mei setiap tahun.

Tradisi

Walaupun disambut dalam suasana berkabung, Hari Hol Pahang tetap membawa nilai keagamaan dan kenegaraan yang tinggi.

Antara pengisian utama sambutan ialah majlis tahlil dan bacaan Yasin yang diadakan di masjid-masjid dan surau seluruh negeri.

Majlis tahlil ini lazimnya memberi tumpuan khusus di daerah Pekan, iaitu lokasi bersemadinya Almarhum Sultan di Makam Diraja.

Selain itu, bendera negeri Pahang akan dikibarkan separuh tiang sebagai tanda rasmi berkabung.

Dalam acara rasmi, titah diraja juga akan disampaikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang yang memerintah.

Dalam titah ini, baginda sering menekankan kepentingan menghargai warisan pemerintahan dan meneruskan kesinambungan nilai-nilai murni yang diwarisi.

Portal rasmi Kedutaan Besar Malaysia di Helsinki turut menyatakan bahawa Hari Hol merupakan manifestasi rasa hormat dan kesetiaan rakyat kepada institusi diraja.

Ia juga menjadi contoh bagaimana negeri-negeri di Malaysia mengekalkan tradisi monarki sebagai sebahagian daripada sistem pemerintahan yang stabil dan dihormati.

BACA: Terhibur Tengok Haziq Nadzli Explain Pasal “Offside” Dekat Isteri

BACA: Top 10 Mata Wang Paling Bernilai Di Dunia 2025

BACA: Lelaki Indonesia Kongsi Pernah Kerja Warung Sate Sebelum Rangkul PhD Di Malaysia

Sumber: Portal Rasmi Majlis Daerah Maran, Kementerian Luar Negeri Malaysia