Terhibur Tengok Haziq Nadzli Explain Pasal “Offside” Dekat Isteri
Bila musim perlawanan, ramai yang lepak mamak atau warung kampung semata-mata nak tengok bola sama-sama. Meriah betul suasananya kan?
Tapi satu benda yang masih buat ramai blur bila tengok bola ialah peraturan “offside”, lagi-lagi perempuan.
Samalah kisahnya dengan Eyra Hazali yang sampai sekarang masih tak faham apa itu offside walaupun dah lama berkahwin dengan goalkeeper Malaysia, Haziq Nadzli.
Dah 6 tahun kahwin tapi still tak faham offside
Dalam video berdurasi 47 saat di TikTok, Haziq nampak serius betul nak bantu isteri dia faham konsep offside, siap gunakan tangan dan contoh segala. Tapi yang kelakarnya, Eyra tetap tak dapat hadam.
“Nanti-nanti je la faham,” seloroh Eyra di ruangan kapsyen.
@eyrahazali21 Nanti2 je la faham
Video tersebut ternyata mencetuskan gelak ketawa netizen.
Ruangan komen pun penuh dengan luahan ‘senasib’ daripada para isteri, mak-mak, malah ada juga lelaki yang mengaku masih keliru pasal offside walaupun dah bertahun tengok bola.
“Teringat dulu pernah minta orang terangkan offside, tapi dia tak nak terangkan sebab dia kata kita takkan faham,”
“Sama lah, bertahun pun tak faham. Saya mengharapkan saya tahu offside tu apa sebab bila sembang macam sedap je bunyi tu kan,”
“Bapak dengan mak aku dah kahwin 27 tahun. Setiap kali tengok bola, soalan sama yang mak aku tanya,”
“Kalau bola masuk gol, kira gol la. Kenapa nak cancel pula,”
BACA: Top 10 Mata Wang Paling Bernilai Di Dunia 2025
BACA: Lelaki Indonesia Kongsi Pernah Kerja Warung Sate Sebelum Rangkul PhD Di Malaysia
BACA: Mat Saleh Sekeluarga Pandai Cakap Melayu, Curi Tumpuan Ramai
Sumber: Eyra.Hazali via TikTok