Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Gambar: AFP
Tiada Kategori

Man United Cuba Guna Jalan Pintas Ke UCL, Tapi Salah “Exit”

Fazidi

Man United Cuba Guna Jalan Pintas Ke UCL, Tapi Salah “Exit”

Angan besar para peminat Manchester United untuk melihat pasukan kesayangan mereka beraksi di Liga Juara-juara Eropah (UCL) musim depan tidak kesampaian akhirnya.

Realiti pahit itu terpaksa ditelan selepas The Red Devils tewas tipis 1-0 kepada Tottenham Hotspurs dalam aksi final Liga Europa (UEL) berlangsung di Stadium San Mames, Sepanyol pagi tadi.

Berada di tangga ke-16 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (berpotensi jatuh ke tangga-17), menang Piala UEL menjadi talian hayat terakhir United untuk menyelamatkan kempen hambar mereka musim ini.

Malah, trofi berkenaan juga menjadi jalan pintas untuk ke UCL musim depan kerana juara pagi tadi akan mendapat slot untuk beraksi di saingan berprestij itu secara automatik.

Namun, semua hasrat dan impian setinggi gunung United dikuburkan sedalam-dalamnya menerusi gol tunggal Brennan Johnson pada minit ke-42 perlawanan.

Sugul memang sugul, tetapi itulah kenyataan yang perlu diterima oleh semua pendukung setia gergasi EPL di seluruh dunia.

Positifnya tentang perlawanan pagi tadi, prestasi United di atas padang sebenarnya tidaklah terlalu teruk dan anak buah Ruben Amorim banyak melancarkan serangan bertali arus ke arah gawang lawan.

Malah Amrom tanpa sembunyi-sembunyi mendakwa bahawa United sebenarnya adalah pasukan yang lebih baik dalam aksi final tersebut.

“Di atas padang, kami adalah pasukan yang lebih baik. Cumanya, kami gagal menjaringkan gol dan situasi itu menyukarkan kami untuk menang.

“Betul, ia bukanlah perlawanan yang sempurna tetapi kami tetap pasukan yang lebih baik. Ia bukanlah perlawanan yang buruk buat kami.

“Aksi final ini ada dua kemungkinan, sayangnya kami gagal mendapatkan slot ke UCL. Tetapi di satu sisi yang lain, kami kini ada banyak masa untuk memperbaiki prestasi liga kami di musim depan,” kata Amorim.

Apa pun, usaha keras Amorim dan anak buahnya termasuk menggunakan ‘jalan pintas’ ke UCL musim depan wajar dipuji, cumanya mereka salah exit.

BACA: Hari Hol Pahang – Sejarah, Tarikh & Tradisi Negeri

Sumber: Bein Sports