Siakap Keli
Pemenang Hadiah Utama Kempen #SimpanJe & Menang Bawa Pulang Hadiah Percutian Impian
Gambar Hiasan

Pemenang Hadiah Utama Kempen #SimpanJe & Menang Bawa Pulang Hadiah Percutian Impian

Pemenang Hadiah Utama Kempen #SimpanJe & Menang Bawa Pulang Hadiah Percutian Impian

KUALA LUMPUR, 22 Mei 2025 – Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Berhad (PNB), Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB), telah meraikan para pemenang Kempen #SimpanJe & Menang dan Seikhlas Wakaf bagi Fasa 1 pada satu majlis penyampaian hadiah hari ini.

Selain kempen pelaburan #SimpanJe & Menang dan #SimpanJe & Tambah, ASNB turut menganjurkan Kempen Seikhlas Wakaf yang sedang berlangsung bermula 1 Januari sehingga November 2025.

Dalam majlis penyampaian hadiah tersebut, pemenang hadiah utama fasa satu telah berjaya membawa pulang hadiah utama berupa pakej umrah bernilai RM15,000.

Menurut Fadzihan Abbas, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif ASNB, “Di ASNB, kami percaya setiap rakyat Malaysia perlu merancang masa depan yang lebih cerah, sama ada untuk pendidikan anak-anak, memiliki rumah impian, atau membina simpanan persaraan.

Kami sebagai rakan pelaburan sentiasa menyokong perjalanan pelaburan anda melalui siri kempen yang menggalakkan budaya menyimpan menerusi pelbagai saluran meluas, sejajar dengan matlamat kami untuk mengukuh kedudukan kewangan rakyat, merentas generasi.”

Kempen #Simpanje & Menang dan #Simpanje & Tambah

Pada majlis tersebut, seramai 10 orang pemenang diraikan untuk menerima hadiah masing-masing. Azlannizam Ahmad, 42, salah seorang pemenang hadiah utama Kempen #SimpanJe & Menang dari Shah Alam, berkata, “ASNB sentiasa menjadi pilihan pelaburan saya seisi keluarga.

“Simpanan dalam ASB banyak membantu saya mengurus kewangan dengan lebih terancang, menjadikannya lebih daripada sekadar simpanan biasa, ia adalah pelaburan yang mampu menjana pulangan yang kompetitif.”

Kempen #Simpanje & Menang dan #Simpanje & Tambah yang berlangsung secara serentak bermula 1 Januari 2025 dirangka bagi menggalakkan para pelabur untuk mengekalkan serta menambah simpanan mereka sepanjang suku pertama tahun ini.

Khusus untuk pelaburan dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB 2), kempen ini bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan mengekalkan pelaburan selepas pengumuman pengagihan pendapatan, agar pemegang unit dapat memaksimumkan potensi pertumbuhan dana.

Seramai 30,000 pemenang kempen #SimpanJe & Tambah telah menerima hadiah berjumlah RM1.6 juta yang dikreditkan terus ke akaun pelaburan masing-masing pada 10 Mei 2025 daripada sejumlah lebih 123,000 pemegang unit yang layak.

Sementara itu, kempen #SimpanJe & Menang berjaya menarik lebih 17,000 penyertaan dan 500 pemenang telah membawa pulang hadiah keseluruhan bernilai RM500,000, termasuk hadiah utama berupa pakej percutian atau umrah bernilai RM30,000.

Kempen Seikhlas Wakaf

Bagi pemenang Kempen Seikhlas Wakaf, Rosmina Osman, 56, beliau memilih untuk berwakaf dengan ASNB kerana yakin dengan prosesnya yang mudah dan pantas, tanpa kerumitan, serta mendapat pengiktirafan daripada MAIWP.

“Wakaf juga adalah antara usaha kami untuk memperluaskan perkhidmatan pelaburan bukan sahaja memberi manfaat kepada pewakaf itu sendiri, malah turut menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan ummah.

“Kami berharap kempen Seihklas Wakaf akan terus menarik lebih ramai pelabur untuk berwakaf bersama ASNB dengan penuh keyakinan, mudah, dan tanpa keraguan,” tambah Fadzihan Abbas.

Kempen Labur & Level-Up

Pada majlis yang sama, ASNB turut mengumumkan pelancaran kempen baharu bagi penggal kedua tahun 2025 iaitu kempen Labur & Level-Up yang akan bermula pada 1 Jun 2025 hingga 31 Mac 2026 dengan tawaran hadiah keseluruhan sehingga RM1.18 juta untuk 2,830 pemenang.

Selain itu, seramai 118 orang pemenang bertuah juga akan menerima pas istimewa untuk menikmati pengalaman eksklusif di Menara Merdeka 118 dan menjadi antara kumpulan terawal yang berpeluang melawat mercu tanda kebanggaan negara ini.

Kempen ini merupakan inisiatif untuk menggalakkan para pelabur kekal konsisten dalam menambah simpanan dan mencapai matlamat kewangan mereka.

Untuk menyertai kempen ini, pelabur hanya perlu membuat pelaburan minimum RM100 atau mendaftar perkhidmatan Auto Labur dengan jumlah minimum RM50 untuk melayakkan diri memenangi hadiah bulanan.

Selain itu, pelabur boleh menyempurnakan misi yang ditetapkan bagi membuka lebih banyak peluang memenangi ganjaran menarik, termasuk hadiah bonus, hadiah suku tahunan dan hadiah utama.

Untuk maklumat lanjut berkenaan kempen Labur & Level-Up, orang ramai boleh melayari laman web rasmi asnb.com.my/levelup atau laman media sosial rasmi ASNBmy di Facebook, Instagram dan Tiktok.

Siti Sakinah

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.