Siakap Keli
seiyu demon slayer mechamato
Gambar: Mechamato

Seiyuu Demon Slayer, Pegang Watak Robot Jahat Dalam Mechamato

Seiyuu Demon Slayer, Pegang Watak Robot Jahat Dalam Mechamato

Filem animasi terkenal Malaysia Mechamato terus menarik minat penonton luar negara termasuk pelakon suara (seiyuu) jepun, Hiro Shimono, yang turut menjadi pelakon suara dalam siri animasi itu.

Menerusi perkongsian Facebook rasmi Mechamato, memaklumkan seiyuu Zenitsu dalam siri anime Jepun, Demon Slayer turut berkerjasama dengan animasi tempatan itu.

Difahamkan, Shimono menjadi pelakon suara bagi watak antagonis.

Gambar: Tv tropes

“Seiyuu terkenal Hiro Shimono meminjamkan suara untuk watak robot jahat di siri animasi,” maklum kenyataan itu.

https://www.facebook.com/mechamato/posts/pfbid027gw9HXHbcoYiHUMJ9m4u8B8GhrM7Aex8C3GYEkX1KZmjm11kUCzpBatihKLARVGSl?rdid=pUV2SOhLlmqGKBqC#

https://x.com/shimono_kousiki/status/1924006960007086357

Ada Kenjiro Tsuda Buat Penampilan Dalam Mechamato Movie Versi Jepun

Terdahulu, Pengarah Urusan MONSTA, Mohd Nizam Abdul Razak mengesahkan Mechamato Movie versi bahasa Jepun akan ditayangkan di Malaysia.

Menariknya, Mohd Nizam turut berkongsi senarai nama-nama pelakon suara untuk watak-watak penting dalam filem berkenaan.

Apa yang mengejutkan adalah, beberapa nama seiyuu tersebut merupakan nama-nama terkemuka dalam industri anime di Jepun.

Ayumu Murase, pelakon suara Amato merupakan pelakon yang membawa watak Shoyo Hinata dalam siri anime, Haikyuu!!

Bukan itu sahaja, Mechamato Movie turut membawa Yoshitsugu Matsuoka untuk menjadi pelakon suara watak Mechabot.

Yoshitsugu Matsuoka sebelum ini pernah menjadi pelakon suara watak Kirito (SAO), Inosuke Hashibira (Demon Slayer) dan Soma Yukihara (Shougeki no Soma).

Namun begitu, yang paling mencuri tumpuan tentunya nama seiyuu lagenda, Kenjiro Tsuda yang terkenal dengan watak Kento Nanami (Jujutsu Kaisen).

Beliau dibawa oleh MONSTA untuk menjadi pelakon suara kepada watak Grakakus.

Pada bulan ini, Mechamato mencipta sejarah apabila mendapat tempat pertama dalam dua kategori selepas ditayangkan selama 72 jam di platform penstriman video paling popular di China, Youku.

Berita gembira ini disampaikan menerusi laman Facebook rasmi animasi berkenaan.

Siri animasi tempatan ini berjaya meraih tontonan tertinggi bagi genre Kegemaran Budak Lelaki (Boys’ Favourite) dan Mecha.

“Mechamato menembusi Carta Teratas China. Dalam masa 72 jam sahaja, siri animasi Malaysia telah mendapat tempat nombor satu dalam kategori Kegemaran Budak Lelaki dan Mecha di Youku,” maklum Monsta.

Sumber: Facebook Mechamato

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.