Terkini

Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
mechamato movie jepun sambutan positif
Kredit: Facebook

Ada Kenjiro Tsuda, Mechamato Movie Versi Jepun Bakal Tayang Di Malaysia

Nur Syahirah Zainoor Hisham

Ada Kenjiro Tsuda, Mechamato Movie Versi Jepun Bakal Tayang Di Malaysia

Mechamato Movie versi bahasa Jepun sudahpun dilancarkan untuk pasaran negara Matahari Terbit itu beberapa hari lepas.

Susulan ulasan positif yang diterima oleh warga Jepun, rakyat Malaysia juga mahukan MONSTA membawa versi berkenaan ke dalam pasaran tempatan.

Nampaknya, permintaan rakyat Malaysia tertunai apabila Pengarah Urusan MONSTA, Mohd Nizam Abdul Razak mengesahkan Mechamato Movie versi bahasa Jepun akan ditayangkan di Malaysia.

“#MECHAMATOMOVIE kembali ke 60 buah pawagam seluruh negara dengan seiyuu-seiyuu berkaliber!” kata Nizam.

Bagi peminat tempatan, Mechamato Movie versi bahasa Jepun bakal ditayangkan di pawagam bermula 25 Januari 2024.

Sebelum ini, Mohd Nizam pernah berkongsi senarai nama-nama pelakon suara (seiyuu) yang untuk watak-watak penting dalam filem berkenaan.

Apa yang mengejutkan adalah, beberapa nama seiyuu tersebut merupakan nama-nama terkemuka dalam industri anime di Jepun.

Ayumu Murase, pelakon suara Amato merupakan pelakon yang membawa watak Shoyo Hinata dalam siri anime, Haikyuu!!

Bukan itu sahaja, Mechamato Movie turut membawa Yoshitsugu Matsuoka untuk menjadi pelakon suara watak Mechabot.

Yoshitsugu Matsuoka sebelum ini pernah menjadi pelakon suara watak Kirito (SAO), Inosuke Hashibira (Demon Slayer) dan Soma Yukihara (Shougeki no Soma).

Namun begitu, yang paling mencuri tumpuan tentunya nama seiyuu lagenda, Kenjiro Tsuda yang terkenal dengan watak Kento Nanami (Jujutsu Kaisen).

Beliau dibawa oleh MONSTA untuk menjadi pelakon suara kepada watak Grakakus.

Terdahulu, ketiga-tiga seiyuu pernah menjadi pelakon suara bagi watak dalam permainan video seperti Genshin Impact dan sebagainya.

Dapat ulasan positif warga Jepun, tak rugi tonton katanya

“Saya memang hendak menonton filem ini pada hari pertama tayangannya dan salah satu perkara yang saya nantikan pada Januari ini.

“Filem ini ada impak yang besar dan jalan cerita serta babak aksinya sangat menakjubkan,” ulas salah seorang penonton.

Bukan itu sahaja, ibu bapa juga memberikan maklum balas yang positif apabila menonton filem berkenaan bersama anak-anak.

“Saya menonton filem ini bersama anak-anak saya. filem ini boleh dinikmati oleh semua orang, dari golongan dewasa hinggalah kanak-kanak.

“Persahabatan. Keberanian. Tanggungjawab. Saya fikir ini hanyalah filem animasi kanak-kanak semata-mata, tetapi sebenarnya filem ini memiliki aura yang berbeza.

“Saya pernah menonton anime yang ada unsur lucu dan komedi sebelum ini, tetapi apa yang dibawakan Mechamato berada di tahap yang berbeza,” kata seorang lagi.

Melihat respon yang diterima, memang tidak dapat disangkal lagi kualiti yang ada pada Mechamato Movie. Karya MONSTA ini boleh disimpulkan menepati citarasa global.

Dalam pada itu, Mohd Nizam berharap jenama Mechamato dan produk MONSTA dapat terus mencipta nama di pentas dunia.

“Ada harapan untuk karya MONSTA untuk terus disajikan di Jepun dan serata dunia.

Not in our wildest dream kami dapat tayangkan hasil kerja kami di Jepun. Kita hanya merancang dan cuba buat sehabis baik, Allah yang penentu segalanya.

“Harap langkah kecil ini akan semakin lama, semakin besar insyaAllah,” katanya.

BACA: Fenomena “Penghijaban Bulan & Seven Sisters” Berlaku Malam Esok

Sumber: Nizam Abd Razak