Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

HYROX Bakal Dianjurkan Buat Pertama Kali Di Malaysia
Malaysia bakal mencatat sejarah baharu dalam dunia kecergasan apabila acara perlumbaan kecergasan bertaraf antarabangsa, HYROX, akan dianjurkan buat pertama kali di negara ini pada Disember 2026 menerusi penganjuran AirAsia HYROX Kuala Lumpur.
Penganjuran tersebut adalah hasil kerjasama strategik antara AirAsia dan HYROX Asia Pasifik (APAC) yang dilancarkan secara rasmi baru-baru ini.

Menurut kenyataan AirAsia, kerjasama ini dibina atas nilai bersama iaitu inklusiviti, kebolehcapaian dan kekuatan komuniti. Ia selari dengan komitmen kedua-dua jenama dalam menyokong perkembangan pesat budaya kecergasan di rantau Asia Pasifik.
Melalui kerjasama ini, atlet, peserta dan peminat HYROX akan menikmati kemudahan perjalanan yang lebih lancar ke bandar-bandar penganjur utama, menjadikan perjalanan sebagai pemangkin kepada pengalaman bermakna dan aspirasi bersama.
Di bawah kerjasama ini, AirAsia dan HYROX akan melaksanakan pelbagai inisiatif serta aktiviti lapangan bukan sahaja pada hari perlumbaan, malah sepanjang musim acara.
AirAsia turut bekerjasama dengan beberapa gimnasium HYROX Training Club terpilih bagi mendekati komuniti HYROX secara lebih dekat.
Antara pasaran utama yang terlibat termasuk Osaka (Jepun), Bangkok, Singapura, Hong Kong dan Incheon (Korea Selatan), selain destinasi lain di rantau ini.
Sebagai nilai tambah, semua peserta yang berdaftar bagi acara HYROX terpilih di bawah kerjasama AirAsia pada tahun 2026 akan menerima diskaun eksklusif 10 peratus penerbangan, tertakluk kepada tempoh yang ditetapkan semasa pendaftaran awal.

Bagi kalendar HYROX 2026, AirAsia akan bertindak sebagai Rakan Penaja Utama (Title Partner) bagi dua acara utama serantau:
1. AirAsia HYROX Jakarta: 6 hingga 7 Jun 2026 di Nusantara International Convention Exhibition (NICE)
2. AirAsia HYROX Kuala Lumpur: Disember 2026
Kedua-dua ibu kota ini akan membuat penampilan sulung sebagai bandar penganjur, dijangka menghimpunkan ribuan atlet dan penonton.
HYROX kini mempunyai pengikut yang kukuh di peringkat global melalui format perlumbaan kecergasan terbuka kepada semua, melibatkan 8 larian sejauh 1 kilometer dan 8 stesen senaman.
Di rantau Asia Pasifik, HYROX telah menganjurkan acara di 10 bandar dengan penyertaan melebihi 196,000 peserta setakat ini.
Untuk info, HYROX telah menetapkan piawaian emas dalam pertandingan kecergasan serta sedang bergerak ke arah pengiktirafan Olimpik.