Seorang peminat siri Mechamato dari Jepun telah mengunjungi Malaysia, demi menonton filem tersebut di depan matanya.
Salah satu akaun peminat Boboiboy dan Mechamato di Twitter menunjukkan gambar poster filem Mechamato Movie (2022) yang berada di panggung wayang Malaysia pada 25 Disember 2022 lalu.
Peminat tersebut mengatakan bahawa dia sudah lama ingin melancong ke Malaysia serta menikmati beberapa juadah tempatan.
Ciapan peminat tersebut disertai dengan kapsyen dalam bahasa Jepun yang bermaksud, “Saya amat ternanti-nantikan kawasan tarikan pelancong dan makanan yang lazat di Malaysia!”
マレーシアの観光地、美味しい食べ物、どれも楽しみです❗️
ですがなによりも楽しみなのがあります❗️ついに劇場版メカアマトをこの目で見ることができます😭#メカアマトを探す旅 #MechamatoMovie pic.twitter.com/MkH1aOiwS4— ボボイボーイ&メカアマト (@boboibo_y) December 25, 2022
Walau bagaimanapun, itu bukanlah sebab utama mengapa dia sanggup datang ke mari.
“Namun, ada perkara yang lebih membuatkan saya teruja!”
Rupanya-rupanya, tujuan asal peminat Jepun tersebut adalah untuk menonton Mechamato Movie (2022), secara ‘fresh‘ dari tempat kelahiran siri animasi tersebut.
“Akhirnya, saya dapat menonton Mechamato untuk versi filem di depan mata saya sendiri.”
Selain itu, peminat tersebut turut bersiar-siar di kawasan-kawasan Bandar Hilir, yang menjadi inspirasi untuk latar tempat bagi filem tersebut iaitu Kota Hilir.
念願の地、ムレカ❗️(Melaka)
日本だとマラッカとも言いますね
ここはアマト達の住む町であるコタ・ヒリールのモデルになったメカアマト聖地です‼️少しあたりを歩いただけであ、ここメカアマトで見たぞ👀という発見ばかり🤩一緒に見ていきましょう🇯🇵🤝🇲🇾#メカアマトを探す旅https://t.co/lmECU2WKEJ pic.twitter.com/AteRVgKiCD— ボボイボーイ&メカアマト (@boboibo_y) December 26, 2022
Pada asalnya, peminat tersebut merasakan latar tempat siri Mechamato, Kota Hilir merupakan sebahagian daripada tempat-tempat di Jepun.
Namun, jangkaannya meleset apabila lokasi yang menjadi inspirasi kepada bandar fiksyen itu merupakan salah sebuah tempat di Melaka Bandaraya Bersejarah, iaitu Bandar Hilir.
Bukan itu sahaja, dia juga seakan-akan mahu menangis kegembiraan ketika mengunjungi tinggalan kubu A Famosa, iaitu salah satu monumen yang diadaptasi sebagai satu bangunan penting dalam siri tersebut.
ムレカをお散歩☀️
見つけた時に嬉しくて思わず叫びそうになりました。これは完全にキング・ボクセルの城のモデルですよね❗️ムレカを歩いているとまるでコタ・ヒリールにいるみたいです🇲🇾メカボットどこだ❓🤔 #メカアマトを探す旅 #メカアマト #Mechamato #MechamatoMovie pic.twitter.com/Fx017thfwR— ボボイボーイ&メカアマト (@boboibo_y) December 26, 2022
Seterusnya, dia turut bersiar-siar di atas laluan bersebelahan Sungai Melaka, juga menjadi inspirasi kepada lokasi yang menjadi laluan watak utama, Amato menunggang basikalnya tiap-tiap hari di Kota Hilir.
#メカアマトを探す旅 🇲🇾
この川沿いの通りとかアマトがメカバイクでぶっ飛ばしてそうですね❗️🚲むむっ、あれはもしやバッドロボ⁉️🤩…と思ったらただのリザードでした🦎あんな大きなリザード普通にいるの⁉️#メカアマト #Mechamato #MechamatoMovie pic.twitter.com/p5I0mgOnUz— ボボイボーイ&メカアマト (@boboibo_y) December 27, 2022
Fenomena melawat lokasi yang menjadi inspirasi bagi latar tempat sesuatu siri animasi dikenali sebagai Anime Pilgrimage
Untuk makluman, Anime Pilgrimage atau dikenali sebagai Anime Seichi Junrei (アニメ聖地巡礼) merupakan satu perbuatan yang dilakukan oleh para penggemar anime untuk melawat lokasi-lokasi sebenar yang menjadi inspirasi kepada latar tempat dalam sesebuah animasi.
Antara lokasi yang menjadi tumpuan untuk tujuan Anime Pilgrimage adalah tangga yang menjadi tempat pertemuan antara Mitsuha dan Taki dalam filem anime, Your Name (Kimi No Nawa).
Menurut Okamoto (2014), terdapat peningkatan dari segi kedatangan pelancong ‘otaku’ ke Jepun dari tahun ke tahun, terutamanya pada kawasan yang menjadi latar tempat bagi siri-siri animasi terkenal di negara tersebut.
Secara umumnya, siri animasi yang baik bukan sahaja mampu memberikan imej yang baik kepada negara kita, ia juga memiliki pengaruh yang besar untuk menarik pelancong luar untuk datang ke negara kita.
Bukan itu sahaja, ia akan menarik para peminat siri animasi tersebut untuk ‘menghayati’ suasana yang dialami oleh watak utama menerusi lawatan ke lokasi-lokasi yang menjadi inspirasi kepada latar tempat siri animasi tersebut.
Terdahulu, Mechamato Movie (2022) berjaya mencapai jumlah kutipan sebanyak RM22,500,000 selepas dua minggu tayangan dan disifatkan sebagai satu pencapaian yang melegakan disebabkan Mechamato merupakan sebuah jenama yang baharu bagi MONSTA.
Sumber: @boboibo_y via Twitter, Mipon & Japan Forum (2015)