Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
pemain import liga super
Kredit: Bernama

Semua Kelab Dibenar Miliki 15 Pemain Import – MFL

Azizah Najib

Semua Kelab Dibenar Miliki 15 Pemain Import – MFL

Liga Malaysia bakal menyaksikan peningkatan besar dalam kehadiran pemain import apabila semua kelab kini dibenar mendaftarkan sehingga 15 pemain import bermula musim 2025-2026.

Perkara tersebut diumumkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) selepas Mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (BOD) pada 22 Mei.

“BOD MFL telah bersetuju untuk meminda jumlah pendaftaran pemain iaitu 34 pemain untuk kelab yang bersaing dalam ACL Elite dan ACL2, 32 pemain untuk kelab-kelab lain kepada 30 pemain kepada semua kelab.

“Manakala semua kelab dibenarkan mendaftar pemain asing sejumlah 15 pemain dengan kuota pemain asing di atas padang seramai 7+2 (simpanan) dengan komposisi 4 Terbuka+1 Asia+2 Asean,” katanya.

Berbanding musim sebelumnya yang mengehadkan pendaftaran kepada sembilan pemain import bagi kebanyakan kelab, pindaan ini bertujuan memberi kesaksamaan dan meningkatkan daya saing liga. Malah, ia juga bertujuan membantu kelab-kelab yang bertanding di pentas Asia seperti ACL Elite, ACL 2 dan Kejohanan Kelab ASEAN.

Walau bagaimanapun, pendaftaran pemain import ini tidak diwajibkan, sebaliknya bergantung kepada kemampuan dan keperluan kewangan kelab.

Dalam perkembangan lain, MFL turut mengumumkan bahawa kelab DPMM FC dari Brunei akan beraksi sebagai kelab jemputan dalam Liga Super 2025-2026 setelah mendapat kelulusan FIFA.

Ini merupakan penampilan semula kelab tersebut selepas kali terakhir menyertai Liga Super pada 2008.

Musim baharu juga bakal menyaksikan 14 kelab beraksi, termasuk kemasukan dua kelab dari AFL A1 – Melaka FC dan Imigresen FC. Sebaliknya, Perak FC dan Kedah Darul Aman FC tidak tersenarai selepas gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan akibat isu tunggakan gaji. Perkara ini membuktikan ketegasan FIB dan MFL dalam menjaga integriti liga.

Selaras dengan itu, MFL mengesahkan pelaksanaan penuh Financial Fair Play (FFP) dengan mekanisme gaji siling sebanyak 80 peratus daripada bajet tahunan kelab. Pemantauan kewangan lebih sistematik akan dilakukan melalui penyerahan dokumen berkala dan penggunan sistem pentadbiran baharu yang akan dilatih semasa bengkel fizikal pada 28 Mei ini.

Kalendar Liga Malaysia 2025-2026 dijangka bermula Ogos depan dengan Perlawanan Sumbangsih antara JDT dan Selangor FC, diikuti saingan Piala FA, MFL Challenge Cup dan Piala Malaysia. Tarikh perpindahan pemain turut ditetapkan dari 9 Jun hingga 31 Ogos 2025 dan 5 Januari hingga 1 Februari 2026.

Dalam pada itu, JDT bakal membawa cabaran Malaysia di ACL Elite sementara Selangor FC pula akan bersaing di ACL 2. Selangor FC turut mendapat slot Kejohanan Kelab ASEAN bersama JDT.

Sumber: Malaysian Football League

BACA: MFL Laksana Penuh FFP, Gaji Siling Kelab Ditetap 80 Peratus

BACA: Pasukan Penyelamat Indonesia Temukan 15 Mayat Mangsa Banjir Kilat Di Papua Barat