Siakap Keli
hujan negeri petang ini
Gambar: Bernama

Hujan Lebat Diramal Landa 10 Negeri Petang Ini

Hujan Lebat Diramal Landa 10 Negeri Petang Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di kebanyakan negeri sehingga jam 6 petang ini.

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah terlibat seperti di Kedah,, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan,  Johor, Sarawak dan Sabah.

Manakala seluruh kawasan di Perlis dan Terengganu juga diramal hujan.

“Di Kedah, kawasan yang terlibat adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Sik dan Baling. Manakala Perak pula hanya melibatkan kawasan Hulu Perak.

“Bagi Kelantan, beberapa daerah diramal hujan seperti Tumpat, Pasir Mas, Jeli dan Tanah Merah. Sementara Pahang pula, kawasan yang terlibat seperti Jerantut, Bentong, Kuantan, Bera dan Rompin.

“Selain itu, kawasan yang terlibat di Negeri Sembilan pula adalah Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin. Di Johor hanya melibatkan tiga daerah, Segamat, Kluang dan Mersing.

“Beralih ke Sarawak, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit, Bintulu (Tatau dan Sebauh), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang antara kawasan yang diramal hujan.

“Di Sabah pula melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Nabawan, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat (Ranau), Tawau (Lahad Datu) dan Sandakan (Telupid, Kinabatangan dan Beluran),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.

https://www.facebook.com/malaysiamet/posts/pfbid02LZiLLbobecXdA2JPN3qXjYFBfgBNDk529fxpsdp6ULpESWjg1jLvpsWB39mgsHjal

Sumber: Jabatan Meteorologi Malaysia

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.