Qi Razali Sah Bergelar Suami Kepada Wanita Pilihan Hati
Pelakon dan pengacara, Qi Razali, kini selamat bernikah dengan wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Wardah.
Berita gembira ini dikongsikan oleh personaliti televisyen terkenal, Fedtri Yahya, menerusi satu hantaran di aplikasi X.
Selain itu, Fedtri Yahya turut memuat naik beberapa gambar sekitar majlis pernikahan pasangan tersebut.
Dalam gambar yang dikongsi, Qi Razali kelihatan tampan mengenakan busana pengantin serba putih ketika majlis akad nikah berlangsung.
https://x.com/fedtriyahya/status/1926453095543808234
Difahamkan, majlis pernikahan diadakan secara tertutup di sebuah lokasi yang berlatarkan suasana kampung. Suasana sekitar majlis dilihat sangat tenang dan indah buat mempelai ini.
Meninjau ke ruangan komen di hantaran tersebut, rata-rata netizen merasa teruja dan tidak ketinggalan mengucapkan tahniah kepada pemain drum kumpulan OAG itu.
BACA: Tersentuh Dengan Sokongan Diterima, Rafizi Rakam Ucapan Penghargaan
BACA: Makanan Tradisi Malaysia Dinobatkan Terbaik Dunia
BACA: Tidak Rasmi: Sze Fei-Izzuddin Genggam Ranking Nombor Satu Dunia
Sumber: Astro Gempak