Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
ucapan penghargaan rafizi
Gambar: BERNAMA

Tersentuh Dengan Sokongan Diterima, Rafizi Rakam Ucapan Penghargaan

Hannah

Tersentuh Dengan Sokongan Diterima, Rafizi Rakam Ucapan Penghargaan

Menteri Ekonomi Malaysia, Datuk Seri Rafizi Ramli, merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan kepadanya.

“Terima kasih atas ratusan mesej sokongan yang saya terima. Terima kasih juga kepada mereka yang mendoakan saya dan bersolat hajat.

“Saya sangat tersentuh apabila beberapa ahli muda parti menitiskan air mata semasa saya meninggalkan dewan, sambil merayu agar saya tidak meninggalkan PKR walaupun dilayan sedemikian rupa,” katanya di platform X, @rafiziramli.

Rafizi menegaskan bahawa beliau tidak berniat untuk berputus asa atau lari dari cita-cita idealisme yang telah menjadi pegangan sejak mula terjun ke dunia aktivisme dan politik.

Menurut beliau, cita-cita tersebut adalah demi memastikan Malaysia berhak mendapat sesuatu yang lebih baik dan lebih bermakna.

Beliau turut berkongsi pandangannya bahawa setiap masalah yang dihadapi mempunyai pelbagai jalan penyelesaian, dan setiap rintangan ada jalan pintasnya.

Dengan lebih banyak masa yang kini ada, beliau berjanji untuk meluangkan lebih banyak masa bersama rakyat biasa, demi mendengar dan memahami suara mereka secara lebih dekat.

“Kepada mereka yang kecewa, kita mesti redha dengan ketetapan dan hikmah di sebaliknya. Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Sekali lagi, terima kasih yang tidak terhingga dari lubuk hati saya,” tambahnya.

Untuk info, keputusan pemilihan bagi jawatan sesi 2025-2028 tersebut diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa di Kongres Nasional 2024/2025 yang bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada.

Keputusan itu menyaksikan Nurul Izzah Anwar berjaya menewaskan Rafizi dalam pemilihan jawatan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) dengan mendapat 9,803 undi.

BACA: Pemilihan PKR: Rafizi Sedia Letak Jawatan Dalam Kabinet Jika Kalah

BACA: Pemilihan PKR: Rafizi Kongsi Luahan Hati Di Media Sosial

BACA: Kegagalan Pelesenan Kebangsaan & Penilaian Semula Hala Tuju Kelab – KDA FC

Sumber: Rafizi Ramli/X