Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Kegagalan Pelesenan Kebangsaan KDA FC
Gambar: KDA FC/FB

Kegagalan Pelesenan Kebangsaan & Penilaian Semula Hala Tuju Kelab – KDA FC

Hannah

Kegagalan Pelesenan Kebangsaan & Penilaian Semula Hala Tuju Kelab – KDA FC

Kelab Bolasepak Kedah Darul Aman (KDA FC) mengesahkan bahawa mereka gagal memperoleh Lesen Kebangsaan bagi musim 2025/2026 seperti yang diumumkan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

Akibat kegagalan ini, KDA FC tidak akan dapat menyertai saingan Liga Super musim akan datang.

Menurut kenyataan rasmi daripada pihak kelab, kegagalan memperoleh lesen tersebut berpunca daripada ketidakpatuhan aspek kewangan yang tidak dapat diselesaikan dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak MFL.

Pemilik majoriti KDA FC, Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar, mewakili kelab memohon maaf secara terbuka kepada seluruh penyokong, penaja, pemain serta kakitangan kelab yang terkesan dengan keputusan tersebut.

“Sebagai pemilik majoriti, saya mengambil tanggungjawab terhadap kekurangan yang berlaku dan menganggap perkara ini sebagai pengajaran penting untuk menilai semula struktur dan pendekatan keseluruhan kelab,” katanya.

Dalam pada itu, pihak KDA FC juga merakamkan penghargaan kepada MFL atas kerjasama dan pertimbangan yang diberikan sepanjang proses pelesenan berlangsung.

“Kelab mengambil maklum akan tunggakan kewangan yang masih belum diselesaikan dan sedang merangka kaedah penyelesaian yang akan dimuktamadkan selepas sesi perbincangan bersama semua pihak yang terlibat.

“KDA FC kini juga sedang mempertimbangkan beberapa pilihan lain bagi memastikan kelab terus kekal relevan dan terlibat secara aktif dalam landskap bola sepak negara. Ini termasuk penyertaan di platform lain yang bersesuaian dengan hala tuju pemulihan dan pembangunan semula kelab,” tambahnya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tempoh ini digambarkan sebagai fasa “hibernasi Sang Kenari”, satu masa untuk memperbaiki diri, memperkukuh asas dan bersiap sedia sebelum kembali beraksi.

Pihak kelab juga menzahirkan penghargaan kepada semua penyokong yang terus memberi sokongan tidak berbelah bahagi walaupun berdepan dengan situasi sukar ini.

BACA: Makanan Tradisi Malaysia Dinobatkan Terbaik Dunia

BACA: Tidak Rasmi: Sze Fei-Izzuddin Genggam Ranking Nombor Satu Dunia

BACA: Kerajaan Beri Jaminan Harga Petrol RON95 Tidak Dinaikkan

Sumber: Kedah Darul Aman FC