Tidak Rasmi: Sze Fei-Izzuddin Genggam Ranking Nombor Satu Dunia
Pasangan beregu lelaki profesional negara, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani, dijangka bakal mencipta sejarah apabila menduduki ranking nombor satu dunia dalam kemas kini terbaru Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang dijangka diumumkan minggu hadapan.
Perkembangan ini berlaku susulan kekalahan pasangan utama Denmark, Kim Astrup dan Anders Skaarup Rasmussen di peringkat separuh akhir kejohanan Masters Malaysia 2025, yang ditundukkan oleh pasangan negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.
Kekalahan Astrup-Rasmussen itu secara tidak langsung membuka peluang kepada Sze Fei-Izzuddin untuk memintas kedudukan mereka dalam carta ranking dunia, sekali gus meletakkan pasangan negara di tangga teratas dunia buat pertama kali dalam kerjaya mereka.
Untuk info, kali terakhir Malaysia mempunyai pasangan beregu lelaki yang menduduki ranking nombor satu dunia adalah pada 2016, melalui gandingan Goh V Shem dan Tan Wee Kiong.
https://x.com/ShuttleHard/status/1926247914503905466?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1926247914503905466%7Ctwgr%5E8e439844e0763a6510b61b2bf8dc5c4f0ba2a8f1%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fmakanbola.com%2Fsze-fei-izzuddin-muncul-beregu-nombor-satu-dunia%2F
Bagaimanapun, kedudukan tersebut hanya dapat disahkan selepas BWF mengemas kini ranking terkini yang dijangka akan diterbitkan minggu hadapan.
Jika disahkan, ia pasti menjadi detik bersejarah buat badminton negara. Sama-sama kita nantikan.
BACA: Semua Kelab Dibenar Miliki 15 Pemain Import – MFL
BACA: Kedah, Perak Tidak Lulus Pelesenan Kelab
BACA: Petinju Indonesia ‘Seru’ Johan Ghazali
Sumber: ShuttleHard/X