Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Kedah, Perak Tidak Lulus Pelesenan Kelab – FIB
KUALA LUMPUR — Dua kelab bola sepak dari Utara tanah air, Kedah dan Perak gagal mendapatkan Lesen Kebangsaan selepas tidak memenuhi kriteria kewangan yang ditetapkan, lapor Stadium Astro.
Perkara itu diumumkan oleh First Instance Body (FIB) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
Difahamkan, Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor, Penang, Kuching City, Sabah, Terengganu, dan Negeri Sembilan antara kelab yang bakal terus mewarnai kempen tertinggi bola sepak negara.
Sri Pahang pula, telah menghantar dokumen pelesenan kepada Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan menerima maklum balas positif daripada pihak penganjur liga, namun status penyertaan pasukan itu masih belum dapat dipastikan
Manakala Kuala Lumpur City, Kelantan Darul Naim dan PDRM pula masih diberikan peluang ‘bersyarat’, untuk mengemukakan maklumat kewangan tambahan selewat-lewatnya hujung bulan ini.
Dalam pada itu, dua kelab daripada Liga A1 Semi-Pro, Melaka dan Imigresen juga ke Liga Super apabila permohonan Lesen Kebangsaan telah diluluskan oleh FIB.
Sumber: Stadium Astro