Siakap Keli
ibu anak kehilangan belon
Gambar: Nurul Huda Zulkhairi 

Ibu Kongsi Detik Cemas, Hampir Kehilangan Anak Gara-Gara Belon

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Ibu Kongsi Detik Cemas, Hampir Kehilangan Anak Gara-Gara Belon

Kanak-kanak merupakan golongan yang masih lagi dalam fasa ‘pembelajaran kehidupan’ dan memerlukan perhatian serta pengawasan daripada ibu bapa.

Tanpa pengawasan daripada ibu bapa, segala tindak-tanduk mereka mungkin terdedah kepada pelbagai risiko dan bahaya yang tidak diingini.

Kadangkala, bahaya atau kemalangan ini datang dari situasi yang tidak pernah kita bayangkan.

Begitulah perkongsian seorang wanita yang hampir kehilangan anak lelakinya hanya angkara satu belon kecil.

Mari ikuti perkongsian Nurul Huda Zulkhairi yang dibawakan 0leh SK di bawah.

Hanya Kerana Belon Yang Belum Ditiup, Saya Hampir Kehilangan Anak

Sambutan hari lahir yang saya dan suami buat pada 20 Mei 2025 yang sepatutnya menjadi hari paling gembira buat anak saya berubah menjadi detik bersejarah dalam hidup kami apabila saya hampir kehilangan anak saya hanya kerana sebiji belon yang belum ditiupkan lagi. 

Semperna meraikan hari lahir anak saya, saya menjemput kesemua kawan baik, cikgu dari zaman tadika hingga lah sekolah rendah. Anakanda saya sangat happy time ni sebab kawan baik dia dari zaman tadika masa kita orang duduk di Bertam pun turut hadir. Mama dan baba buat semua ni untuk gembirakan awak, sayang mama. 

Ketika saya dan suami sedang asyik melayan tetamu yang hadir, anak saya sedang bermain berlari-lari dengan kawan baiknya. Sebelum kejadian anak saya sempat duduk di meja saya sambil minum air yang dia campurkan perisa dari dua perisa jadi satu perisa. “mama nak rasa tak, uwais campur dua air ni”. Saya pun ambil la minum dan cakap “haah laa abang, sedap la. Lepas dia dah habis minum dengan kawannya di meja saya, mereka pun berlalu pergi dan sambung bermain lari-lari di dalam rumah. 

Saya pun kembali borak dengan kawan-kawan kerja saya dulu dan baru nak makan nasi kerabu. Baru nak menjamah makanan yang ada sebab tetamu terlalu ramai sebelum itu.

Sebelum kejadian, adik ipar saya (Zahidah) ada maklumkan dekat abangnya “Uwais macam semput tu”. Suami saya pun cakap sekejap nak mengambil pum gas yang memang kita dah standby since dulu Uwais selalu kena serangan Asthma dulu.

BACA: Kerja Di Negeri Sendiri Atau Merantau Tempat Orang? Brader Ni Bagi Jawapan Paling Jujur 

Tiba-tiba keadaan kembali tegang apabila adik ipar saya (Nabil) berlari bawa anak saya dekat suami saya dengan keadaan anak saya biru ketika itu. Jantung dah berhenti. 

Suami dan kawannya buat beberapa prosedur. Mereka ingat anak saya mungkin tersedak makanan. Namun setelah cuba CPR dan gunakan satu teknik apa yang saya tak ingat nama untuk keluarkan makanan masih lagi gagal. 

Tanpa lengah masa, suami saya cakap dekat kawan, dah jom ke Hospital sekarang. Masa ni suami saya cakap 50-50 untuk survice sebab jantung dia dah stop. Muka Uwais jadi biru. 

Kawan suami saya Dr Rafiq dengan pantas membawa kereta sangat laju ketika ini, dan sambil bagi arahan dekat suami saya kena buat apa. Time ni suami saya dah blur, nak kena buat apaa. Anaknya terkulai kaku kebiruan atas riba ayahnya. 

Ayahnya terus buat CPR, untuk bagi darah mengalir juga keseluruh badan. Dengan harapan darah terus mengalir hingga ke otak. Last option ayahnya terpaksa blowing mulut anaknya sendiri untuk bagi bantuan penafasan. 

BACA: PBB: Tiada Bantuan Diagihkan Di Gaza, Terkandas Di Lintasan Kerem Shalom

Bila sampai di hospital, semua doktor dan nurse bertungkus lumus untuk selamatkan anak saya. Ketika mereka ingin melakukan proses intubate, mereka nampak ada belon di dalam saluran penafasan anak saya. Dr cepat-cepat keluarkan belon tersebut dan terus lakukan CPR, alhamdulilah nyawa anak saya Allah pulangkan kembali. 

Terima kasih kepada team ED Hospital Kulim yang begitu pantas attend anak saya. Terima kasih juga kepada team PICU Hosp Sultanah Bahiyah yang begitu teliliti merawat Uwais. 

Segalanya berlaku begitu pantas. Rupanya Uwais bergurau dengan kawan baiknya, memasukkan belon ke dalam mulut dan sambil berlari-lari dan mungkin anak saya tersedak lalu tercekik. 

Kisah ini saya kongsikan sebagai peringatan buat semua ibu bapa. Perkara kecil yang kita anggap remeh seperti sebiji belon, boleh menjadi punca musibah besar jika tidak diawasi. Jangan ambil mudah, kerana saya sendiri hampir kehilangan anak saya. 

Doakan Uwais terus kuat. Doakan dia kembali pulih sepenuhnya. Dan terima kasih kepada semua yang tak henti-henti menghulurkan doa dan sokongan. 

Kerana sebiji belon, saya hampir kehilangan anak. Tetapi kerana kasih sayang, doa dan harapan. Mama percaya Uwais akan kembali tersenyum seperti dulu. Mama tunggu abang tau!

Terima Kasih Allah kerana masih meminjamkan Uwais buat saya. 

Sumber: Nurul Huda Zulkhairi 

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.