Siakap Keli

Kerja Di Negeri Sendiri Atau Merantau Tempat Orang? Brader Ni Bagi Jawapan Paling Jujur

Kerja Di Negeri Sendiri Atau Merantau Tempat Orang? Brader Ni Bagi Jawapan Paling Jujur

Nak dapatkan satu-satu pekerjaan yang diingini sekarang bukanlah satu perkara yang mudah. 

Tetapi, ada masanya jalan sudah terbentang di depan mata cuma kita yang perlu pandai mengambil peluang yang tersedia.

Ramai anak muda dalam dilema sama ada nak bekerja di kampung atau merantau ke bandar. Mana satu yang lebih baik sebenarnya?

Baru-baru ini, team Siakap Keli sempat turun padang dan menemu bual orang awam mengenai isu ini.

Antara individu yang kami temu bual adalah seorang anak jati Kedah yang kini merantau di Kuala Lumpur mencari rezeki.

Jelas pemuda bernama Zulhilmi, sekiranya berpeluang memilih lokasi pekerjaan, dia mahu bekerja di kampung halaman kerana dekat dengan kedua-dua ibu bapa dan dapat meluangkan masa bersama mereka.

Malah, kos sara hidup di negeri Jelapang Padi itu juga tidak setinggi di bandar Kuala Lumpur dengan suasananya yang jauh lebih tenang.

“Tapi sejujurnya, peluang pekerjaan kat Kedah tak sebanyak di Kuala Lumpur. Kalau ada pun, gaji yang ditawarkan juga tidaklah lumayan seperti di bandar Kuala Lumpur.

“Ada orang selesa duduk kampung, ada pula yang kena merantau baru boleh ‘survive’. Jalan hidup setiap orang berbeza,” ujarnya.

Seorang lagi, Sharifah Aina juga berkongsi pandangannya. 

Bagi Aina, tak kisah kerja sama ada dekat bandar mahupun kampung, yang penting kenalah pilih mengikut fasa kehidupan. 

“Kalau sekarang masih bujang dan nak cabar diri, mungkin boleh merantau. Tapi kalau dah berkeluarga dan nak jaga mak ayah. Tinggal di kampung pun tak salah.

“Yang penting kena ikut keperluan semasa, dan bukannya ikut cakap orang,” katanya.

Pesan Aina lagi, jangan takut untuk memilih jalan kehidupan sendiri. 

“Yang pasti kenalah usaha sendiri dan percaya rezeki Allah SWT ada di mana-mana. InsyaAllah.”

Kesimpulannya, segalanya terletak pada kita nak makan gaji kat mana. Baik bandar ataupun kampung, kedua-duanya ada kelebihan tersendiri.

Lebih-lebih lagi sekarang peluang pekerjaan juga semakin luas, hanya kita sahaja yang perlu mengambil inisiatif sendiri. Malah, ada masa peluang kerjaya ini yang ‘mencari’ kita.

Misalnya, Karnival Kerjaya MYFutureJobs anjuran Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dengan Kementerian Sumber Manusia yang akan mendarat di Negeri Kelantan pada 24 dan 25 Mei ini.

Buat warga negeri Cik Siti Wan Kembang, jangan lepaskan peluang kunjungi karnival ini yang bertempat di Mydin Tunjong, Kota Bharu.

Datang dan hantar je resume korang di sini, sebab apa? 

Sebab ada lebih 30 senarai majikan yang menawarkan peluang kerjaya antaranya Mydin, ECRL, Samurai, Yakiniku, ibis Styles dan banyak lagi.

Jom rebut peluang terhidang ini dengan mendaftar melalui kod QR yang tersedia di dalam gambar di atas. 

Ringkasnya, peluang pekerjaan sememangnya banyak, tapi ia bergantung pada diri sendiri sama ada mahu merebut peluang itu atau tidak. 

Soal bekerja di kampung atau bandar, sebenarnya ia bersifat subjektif dan bergantung pada pilihan sendiri. 

Rezeki takkan datang bergolek. Jadi, ayuhlah buka langkah korang untuk masa depan yang lebih cerah. 

Manalah tahu, kalau di sini hadirnya rezeki yang korang nantikan selama ini.

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.