Siakap Keli
bruno angkat kaki united
Gambar: Darren Staples/AFP

Bruno Sedia Angkat Kaki Jika United Mahu Jual

Bruno Sedia Angkat Kaki Jika United Mahu Jual

BILBAO — Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, mengakui bersedia meninggalkan kelab itu pada jendela perpindahan musim panas ini jika itu demi kepentingan kelab, lapor Daily Mail.

Kenyataan itu dibuat pemain kebangsaan Portugal itu susulan kekalahan tipis 1-0 United kepada Tottenham Hotspur dalam perlawanan akhir Liga Europa di San Mames.

Bruno kini hangat dikaitkan dengan kelab gergasi Arab Saudi, Al-Hilal, yang dilaporkan bersedia menawarkan kontrak tiga tahun bernilai hampir £200 juta.

“Saya sentiasa jujur, Jika kelab fikir sudah tiba masanya untuk berpisah atau mereka mahu mencari dana wang daripada perpindahan saya, saya terima. Bola sepak kadang-kadang macam tu.

“Saya pernah kata saya akan kekal sehingga kelab kata sudah tiba masa untuk saya pergi. Saya masih mahu bantu kelab ini kembali semula ke zaman kegemilangannya,” katanya.

Mengulas mengenai masa depan pengurus Ruben Amorim, Bruno menyatakan keyakinannya bahawa jurulatih muda itu adalah individu tepat untuk memimpin The Red Devils, meskipun musim ini United menamatkan kempen terburuk dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.

“Kami semua (pasukan) bersetuju bahawa dia ialah orang yang tepat. Dia telah membawa banyak perkara positif walaupun keputusan tidak menyebelahi kami. Saya percaya dia mampu bawa kembali semangat juang dan membawa kami bersaing semula merebut trofi,” ujar Bruno lagi.

Spurs Akhiri 17 Tahun Kemarau Trofi

Angan besar para peminat Manchester United untuk melihat pasukan kesayangan mereka beraksi di Liga Juara-juara Eropah (UCL) musim depan tidak kesampaian apabila tewas dalam perlawanan itu.

Brennan Johnson muncul wira Spurs selepas menjaringkan gol pada babak pertama, sekaligus membawa pasukan itu muncul juara.

United tidak akan bersaing dalam mana-mana kejohanan Eropah musim depan selepas berada di tangga ke-16 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (berpotensi jatuh ke tangga-17).

Sumber: Daily Mail UK

BACA: Man United Cuba Guna Jalan Pintas Ke UCL, Tapi Salah “Exit”

BACA: Petinju Indonesia ‘Seru’ Johan Ghazali

BACA: Ibu Kongsi Detik Cemas, Hampir Kehilangan Anak Gara-Gara Belon

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.