Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia

Fakta Trofi Liga Perdana Inggeris, Diperkenal Sejak 1992

Azmil

Fakta Trofi Liga Perdana Inggeris Yang Berusia 33 Tahun

Awal pagi tadi, tamatlah sudah kempen Liga Perdana Inggeris bagi musim 2024/25.

Musim yang penuh drama ini menyaksikan Liverpool akhirnya sekali menjulang kejuaraan kedua dalam tempoh lima tahun.

Ia sangat bermakna buat Liverpool dan Arne Slot berjaya menamatkan penguasaan Man City selama 4 musim berturut turut.

Arsenal menamatkan saingan di tempat kedua dan juara musim lalu, Man City di tempat ketiga.

Chelsea dan Newcastle melengkapkan kuota Liga Juara-Juara Eropah serta diiringi Spurs yang layak sebagai juara Liga Europa.

Trofi Liga Perdana Inggeris atau Premier League Trophy setiap musim menjadi rebutan 20 kelab yang bersaing di divisyen tertinggi di England.

fakta trofi liga inggeris

Trofi yang dihiasai dengan mahkota dan dua ekor singa yang mengiringi mahkota tersebut melambangkan negara England.

Trofi ini juga direka oleh Asprey Of London yang juga tukang barang kemas di-Raja.

Tapi, daripada bahan apa trofi ini dibuat? Mari kita sama-sama ambil tahu.

Badan Silver, 24 Karat

Badan utama trofi ini diperbuat daripada Sterling Silver iaitu campuran 92.5% daripada perak tulen.

7.5% lagi adalah lapisan berkilat bagi menampakkan trofi ini lebih mahal dan tahan lama.

Untuk mahkota dan singa pula disalut dengan emas 24 karat bagi memberikan sentuhan eksklusif dan mewah.

Tapak Trofi

fakta trofi liga inggeris

Kemasan hijau di tapak trofi ini diperbuat daripada batu malachite iaitu batu separa-berharga yang berwarna hijau terang berjalur.

Batu Malachite sudah digunakan sejak zaman Mesir purba untuk perhiasan, ukiran dan simbol kekuasaan.

Batu ini biasanya ditemui di negara seperti Congo, Zambia, Rusia dan Nambia dan komposisi batu ini terdiri daripada Karbonat Tembaga.

Nama pasukan juara setiap musim akan diukir menggunakan ukiran tangan pada tapak trofi tersebut.

Berbeza dengan Liga Juara-Juara Eropah yang mengukir nama pasukan juara menggunakan alat pengukir elektrik.

Hiasan Ribbon

Setiap kali juara telah ditentukan mengikut kedudukan liga, pihak Premier League akan memasang ribbon mengikut warna rasmi kelab yang menjadi juara.

Seperti awal pagi tadi, hiasan ribbon merah dikemaskan pada trofi menandakan Liverpool sebagai juara liga bagi musim 2024/25.

fakta trofi liga inggeris
Contoh ketika Liverpool juara pada musim 2019/20

Sebagai juara bertahan, Liverpool juga akan mengenakan badge kepala singa berwarna emas sebagai satu simbol ikonik juara musim sebelumnya.

Dua Trofi Setiap Musim

Setiap musim, Liverpool akan menyediakan dua trofi, satu yang asli dan satu lagi replika.

Ini bertujuan jika berlaku penentuan juara di perlawanan terakhir liga, pasukan teratas di kedudukan semasa akan menjulang trofi asli.

Manakala, pasukan kedua di kedudukan semasa akan menjulang trofi replika sekiranya dinobat sebagai juara.

In pernah berlaku beberapa kali termasuk musim lepas apabila Man City dan Arsenal menentukan siapa juara di hari terakhir kempen.

Begitulah serba sedikit mengenai fakta rofi Liga Perdana Inggeris dan tahniah kepada Liverpool yang diangkat sebagai juara musim ini.

Jumpa lagi dimusim 2025/26.