Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
cara pilih harum manis matang
Kredit: Syabab Fresh via Facebook

Pekebun Kongsi Cara Pilih Harum Manis Matang

Nur Alissa

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Pekebun Kongsi Cara Pilih Harum Manis Matang

Sebut tentang buah Harum Manis, tentunya ramai masyarakat Malaysia mahupun luar sangat sukakan buahan ini. Aromanya yang menggoda dan isi buah yang berwarna kuning keemasan serta manis menjadikan buah ini dambaan orang ramai.

Setiap tahun, dari April hingga Jun, negeri Perlis, yang cukup sinonim dengan buah Harum Manis sentiasa menjadi tumpuan para pengunjung yang ingin mendapatkan buah segar terus dari ladang.

Sehubungan itu, SK hari ini akan bawakan tip memilih harum manis yang matang, menerusi perkongsian Syabab Fresh, di bawah.

Tanda-Tanda Buah Harum Manis Telah Matang

1. Bahagian Bawah Buah Membujur

Ciri pertama yang boleh anda perhatikan semasa memilih buah Harum Manis ialah bentuk fizikalnya. Jika bahagian bawah buah kelihatan panjang dan membujur, itu menandakan buah tersebut telah matang. Sebaliknya, jika belum matang, hujung buah biasanya kelihatan runcing dan membentuk dua tanduk kecil.

cara pilih harum manis matang
Kredit: Syabab Fresh via Facebook

2. Naik ‘Bahu’

Selain itu, ciri-ciri buah Harum Manis yang telah sedia untuk dimakan, dapat dilihat pada bahagian berdekatan tangkai buah yang bulat dan berisi, kelihatan sedikit terangkat seolah-olah ‘bahu’.

Kredit: Syabab Fresh via Facebook

3. Permukaan Kulit Licin

Ketiga, pastikan permukaan kulit Harum Manis yang dipilih kelihatan licin. Namun, jangan terlalu risau jika terdapat bahagian yang kelihatan kasar atau seolah-olah kesan terbakar.

Kebiasaannya ia kesan daripada buah yang terdedah kepada hujan asid, namun tidak menjejaskan kualiti buah dan masih selamat untuk dimakan.

cara pilih harum manis matang
Kredit: Syabab Fresh via Facebook

4. Getah

Satu lagi tip pilih Harum Manis yang masak adalah lihat getah pada tangkai buah selepas dipetik. Jika getah yang keluar terlalu banyak, itu menandakan buah Harum Manis masih belum matang sepenuhnya.

Sebaliknya, jika getah kelihatan kering atau hanya sedikit berair, itu menunjukkan buah telah matang dan sedia untuk dinikmati.

pilih harum manis matang
Kredit: Syabab Fresh via Facebook

Sumber: Syabab Fresh via Facebook

BACA: Jangan Terus Buang Kulit Pisang, Rupanya Boleh Dijadikan Baja Tanaman

BACA: Lelaki Kongsi Tip Tanam Rumput Karpet Kemas, Rapi

BACA: Kereta Hilang Atau Dicuri, Ini Langkah Yang Perlu Dilakukan Pemilik