Siakap Keli
anak Bonda Rozita terkena mata pisau pengisar
Sumber: Bonda Rozita Ibrahim via TikTok

“Saraf Putus,” Terkena Mata Pisau Pengisar, Anak Bonda Rozita Jalani Pembedahan

“Saraf Putus,” Terkena Mata Pisau Pengisar, Anak Bonda Rozita Jalani Pembedahan

Anak bongsu kepada pengasas Jamu Ratu Malaya, Rozita Ibrahim atau lebih mesra dipanggil Bonda Rozita, mengalami kecederaan serius akibat kemalangan di dapur melibatkan sebuah mesin pengisar elektrik.

Menerusi perkongsian di platform media sosial Bonda Rozita, salah seorang anaknya, Ain, memaklumkan bahawa kejadian berlaku apabila Maryam ingin memasang bilah pengisar tanpa menyedari tertekan suis.

Dalam klip tersebut, kakak kepada mangsa menerangkan awalnya dia sedang bersiap untuk ke gim dan ingin membuat protein milkshake menggunakan mesin pengisar kecil. Tetapi tertekan butang suis hidup yang terletak pada bahagian pemegang mesin ketika pemasangan semula.

Insiden malang itu menyebabkan luka pada bahagian tangan sehingga salah satu saraf dilaporkan terputus dan perlu menjalani operasi pembedahan untuk disambungkan semula.

“Jujur je bonda tak boleh bayangkan macam mana adik boleh luka sebab blender.

anak Bonda Rozita terkena mata pisau pengisar
Sumber: Bonda Rozita Ibrahim via TikTok

“Sarafnya putus dan disambung jahit semula dalam tempoh enam bulan akan recover balik,” tulis Bonda dalam ruangan kapsyen hantaran beliau di TikTok.

Dalam klip yang dikongsi, ahli keluarga turut hadir menemani Maryam sambil menghiburkannya dengan usikan kerana dia terpaksa berpuasa selama lapan jam sebelum operasi.

Anak Datuk Aliff Syukri, Khadijah dilihat menikmati air minuman yogurt setelah meraih perhatian Maryam yang sedang kelaparan.

“Maryam tengok ni Maryam, sedap,” ujar Khadijah sebelum ditegur Bonda Rozita.

Lucunya, Ain pula mengungkit pengalaman Khadijah yang pernah sakit suatu ketika dahulu, meriuhkan lagi suasana bilik Maryam sebelum tumpuan beralih kepada ahli keluarga lain yang baru sampai untuk melawat.

Daripada video berdurasi dua minit 30 saat itu menunjukkan keakraban hubungan silaturahim keluarga Bonda Rozita secara keseluruhan meskipun insiden yang ditimpa boleh berakhir dengan tragis.

Selain itu, warga maya tidak putus menitipkan kata-kata semangat buat Maryam di ruangan komen.

“Kalau tengok luka Amani takut sangat. Nampak dalam betul dekat kawasan pergelangan tangan. Semoga cepat sembuh adik,”

“Semoga Maryam Amani cepat sembuh dari sakitnya dan sihat pulih seperti sediakala insyaallah amin,”

Anak beliau kini menerima rawatan dan pemantauan lanjut di sebuah hospital.

@

♬ –

Sumber: @Bonda Rozita Ibrahim via TikTok

BACA: Arab Saudi Lihat Anak Bulan Zulhijjah Hari Ini, Penentu Hari Arafah & Aidiladha

BACA: Perhimpunan Kesihatan Sedunia Lulus Cadangan Kibar Bendera Palestin Di Ibu Pejabat, Pejabat WHO

BACA: Ada Makna, Ini Sebab Pensyarah Pakai Jubah Berbeza Warna Di Majlis Konvo

Nur Alissa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.