Ada Makna, Ini Sebab Pensyarah Pakai Jubah Berbeza Warna Di Majlis Konvo
Setiap kali berlangsung majlis konvokesyen, kita pasti terpegun melihat para pensyarah berarak masuk ke dewan dengan penuh gaya dan wibawa. Namun, satu perkara yang sering menjadi tanda tanya ialah mengapa jubah yang mereka pakai tidak seragam seperti para graduan?
Ada yang berjubah ungu, biru, merah malah disulam benang emas. Adakah warna dan corak itu sekadar pilihan peribadi atau mempunyai maksud tertentu? Bagi yang pertama kali menghadiri konvokesyen, pemandangan ini bukan sahaja menarik perhatian tetapi turut menimbulkan rasa ingin tahu.
Sebenarnya, terdapat satu perkara menarik di sebalik pemakaian jubah konvo yang berbeza ini. Ia bukan sekadar pakaian rasmi tetapi satu simbol pencapaian ilmu dan tradisi institusi pengajian tinggi yang mereka wakili.
Bagi menjawab persoalan ini, seorang pensyarah dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) dikenali dengan nama Dr Azri berkongsi satu fakta menarik.
“Secara asasnya dia akan mewakili universiti mana yang dia habiskan PhD,” jelasnya.
Menurutnya lagi ketika ditanya SK, jubah tersebut dibeli oleh para graduan sebagai kenangan menamatkan PhD di universiti berkenaan.
Menerusi rakaman yang dimuat naik, Dr Azri turut meminta rakan-rakan pensyarah lain memperkenalkan universiti masing-masing. Ada yang dari dalam negara, ada juga yang dari luar negara. Kesemua mereka kelihatan gembira berkongsi nama bekas institusi pengajian sambil memperagakan jubah masing-masing.
@drazrisperfume Kenapa jubah masa grad UiTM lain-lain
♬ original sound – DR AZRIS PERFUME – HQ – DR AZRIS PERFUME – HQ
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya kagum melihat pencapaian para pensyarah. Bukan itu sahaja, ada juga yang mengetahui tahap kesukaran bagi menamatkan pelajaran di sesebuah institusi yang disebut dan turut terinspirasi menyambung pendidikan hingga ke tahap PhD.
“Wow Imperial College London,” kagum warga maya.
“Di sebalik jubah PhD yang lawa, perjalanan PhD sangat mencabar,” ujar seorang lagi.
“Doakan saya dapat belajar sampai PhD juga,” mohon salah seorang warga maya.
Sumber: Dr Azri
BACA: Dakwaan Hari Raya Aidiladha 6 Jun, Pejabat Mufti Wilayah Beri Penjelasan
BACA: Ahmad Fauwaz Fadzil Dilantik Mufti Wilayah Persekutuan Baharu