Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Sultan Brunei Masuk IJN

Hannah
Sultan Brunei Masuk IJN
Gambar: BERNAMA

Sultan Brunei Masuk IJN

Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) selepas dilaporkan mengalami keletihan.

Perkara itu disahkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media penutup sempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berakhir hari ini.

Namun begitu, Perdana Menteri tidak memperincikan keadaan kesihatan baginda secara lanjut.

“Sultan Brunei dalam keadaan sedikit penat dan baginda berehat di IJN,” katanya ringkas.

Sultan Hassanal Bolkiah merupakan salah seorang daripada 10 pemimpin ASEAN yang hadir ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung semalam dan hari ini.

Baginda tiba di Malaysia pada hari Selasa lalu.

BACA: Lima Anggota Polis Dalang Kes Curi Kabel

Sumber: Astro Awani