Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Tip: Korang ‘Wajib’ Tahu Benda Ni Sebelum Pasang CCTV Di Rumah
Tak dinafikan, kamera keselamatan atau CCTV kini boleh dikatakan sebagai satu keperluan penting. Bukan sahaja di premis perniagaan atau pejabat, malah di rumah kediaman.
Dalam dunia yang sukar dijangka hari ini, kita semua makin sedar bahawa keselamatan tak boleh diambil ringan. Bukan mahu berfikiran negatif, tapi hakikatnya terlalu banyak kes yang menakutkan berlaku saban hari.
Disebabkan itulah, ramai yang melihat pemasangan CCTV sebagai langkah berjaga-jaga. Orang kata, “sediakan payung sebelum hujan”.
Namun, dengan lambakan produk CCTV di pasaran, bukan mudah untuk membuat pilihan. Setiap model hadir dengan ciri dan fungsi yang berbeza, dan kalau tersalah beli, mungkin tak sesuai dengan keperluan kita.
Jadi, sebelum korang buat keputusan untuk pasang CCTV di rumah, penting untuk faham betul-betul aspek apa yang perlu diambil kira.
Perkara pertama yang perlu difikirkan ialah sama ada korang perlukan kamera untuk dalam rumah atau luar rumah.
Kamera dalaman biasanya lebih kecil, lebih murah dan direka khusus untuk memantau kawasan dalam rumah.
Kamera luaran pula direka lebih tahan lasak kerana perlu menahan pelbagai keadaan cuaca seperti hujan dan panas terik.
Kalau nak pantau kedua-dua bahagian, boleh gabungkan kedua-dua jenis kamera ni mengikut keperluan.
Kualiti rakaman bergantung kepada resolusi kamera. Semakin tinggi resolusinya, semakin jelas imej yang dirakam.
Kebanyakan CCTV sekarang menawarkan resolusi HD (1080p) atau lebih tinggi. Ada juga yang menyokong UHD (4K) untuk imej lebih tajam.
Tapi, kena ingat, lagi tinggi resolusi, lagi banyak ruang storan dan jalur lebar internet yang diperlukan.
Sudut pandangan merujuk kepada sejauh mana kamera boleh merakam kawasan sekeliling.
Kamera dengan sudut pandangan yang luas boleh pantau kawasan lebih besar, tetapi kadang-kadang imej di bahagian tepi jadi sedikit terganggu atau kurang jelas.
Sebaliknya, kamera dengan sudut lebih sempit hanya fokus pada kawasan kecil, tapi lebih jelas dan terperinci.
Jadi, pilih berdasarkan saiz kawasan yang korang nak pantau.
Kalau nak pantau rumah pada waktu malam atau dalam keadaan cahaya rendah, korang wajib cari kamera yang ada fungsi night vision.
Kamera jenis ini menggunakan teknologi inframerah untuk rakam imej walaupun dalam gelap sepenuhnya.
Ada kamera yang dilengkapi lampu inframerah berasingan, dan ada juga yang dah ada LED inframerah terbina dalam.
Fungsi audio dua hala membolehkan korang berkomunikasi dengan orang yang berada di hadapan kamera.
Contohnya, korang boleh tegur pelawat atau beri amaran kepada penceroboh.
Beberapa model siap ada mikrofon dan pembesar suara untuk komunikasi dua hala yang lebih jelas dan lancar.
Rakaman video dari CCTV mesti disimpan supaya korang boleh tengok semula bila-bila masa.
Ada kamera yang terus simpan video dalam kad microSD (storan terbina dalam kamera), dan ada juga yang simpan dalam storan awan (cloud).
Kalau guna storan awan, korang boleh tengok rakaman dari mana-mana saja guna telefon atau komputer. Tapi, biasanya kena bayar yuran bulanan.
Kalau pilih simpan dalam kad microSD, pastikan saiz storan cukup besar untuk tampung rakaman setiap hari.
Akhir sekali, korang kena tahu macam mana kamera tu dapatkan bekalan kuasa. Ada kamera yang guna bateri, ada juga yang guna kabel kuasa.
Kamera bateri lebih fleksibel sebab boleh letak di mana-mana tanpa risau pasal soket, tapi kena pastikan baterinya dicas atau diganti secara berkala.
Kamera berkabel pula tak perlu risau pasal tenaga, tapi perlukan soket berhampiran dan sedikit kerja pemasangan.
BACA: 4 Langkah Keselamatan Ketika Menunggang Motosikal Dekat Kenderaan Berat
Sumber: Philips