Terkini

Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
4 Langkah Keselamatan Penunggang Motosikal Apabila Berdekatan Kenderaan Berat
Gambar AI
Tiada Kategori

4 Langkah Keselamatan Ketika Menunggang Motosikal Dekat Kenderaan Berat

suhaila

4 Langkah Keselamatan Penunggang Motosikal Apabila Berdekatan Kenderaan Berat

Menunggang motosikal di jalan raya memerlukan tahap kewaspadaan yang sangat tinggi terutama sekali apabila berkongsi laluan dengan kenderaan berat seperti lori dan treler yang saiznya jauh lebih besar.

Pergerakan kenderaan berat ini adalagh lebih perlahan dan mengambil ruang yang lebih luas. Ia mempunyai ciri fizikal dan dinamik pemanduan yang berbeza berbanding motosikal.

Keadaan ini sekaligus meningkatkan risiko kemalangan jika penunggang tidak cukup berhati-hati dan tidak mengamalkan langkah keselamatan yang sewajarnya.

Situasi ini menuntut penunggang motosikal supaya sentiasa fokus dan peka dengan persekitaran terutamanya apabila berada berhampiran kenderaan berat.

Menurut perkongsian daripada Majlis Keselamatan Jalan Raya di Facebook, terdapat empat langkah penting yang perlu diambil oleh penunggang motosikal bagi memastikan keselamatan diri terjaga apabila berada berdekatan dengan kenderaan berat.

Langkah-langkah ini bukan sahaja dapat membantu mengurangkan risiko kemalangan malah memastikan perjalanan di jalan raya menjadi lebih selamat dan lancar untuk semua pengguna jalan raya.

1. Elakkan berhenti terlalu rapat di hadapan lori ketika di lampu isyarat

Salah satu perkara utama yang perlu dielakkan ialah berhenti terlalu rapat atau berada terus di hadapan lori ketika berada di lampu isyarat.

Kedudukan ini sangat berbahaya kerana lori mempunyai jarak brek yang panjang dan pemandu mungkin tidak dapat melihat motosikal anda dengan jelas.

Jika lori berhenti secara tiba-tiba atau mengalami masalah brek, motosikal yang berada di hadapan mudah terdedah kepada risiko kemalangan.

Oleh itu, disarankan supaya penunggang motosikal sentiasa memilih posisi yang selamat iaitu berada di belakang atau di sebelah lori dengan jarak yang mencukupi semasa berhenti.

2. Jaga jarak sekurang-kurangnya 10 meter dari lori semasa memandu

Selain itu, mengekalkan jarak yang selamat daripada kenderaan berat ketika berada di laluan adalah sangat penting. Sebagai panduan umum, jarak sekurang-kurangnya 10 meter antara motosikal dan lori perlu dijaga agar penunggang mempunyai ruang yang cukup untuk bertindak balas sekiranya berlaku sebarang kecemasan.

Jarak ini juga membolehkan penunggang melihat pergerakan lori dengan lebih jelas dan memberi peluang untuk mengelak daripada bahaya secara efektif.

Menunggang dengan terlalu dekat bukan sahaja menyukarkan kawalan motosikal. Ia juga dapat meningkatkan risiko dilanggar sekiranya lori membuat pusingan atau bergerak secara tiba-tiba.

BACA : 11 Jenis Makanan Yang Tak Bagus Untuk Badan

3. Elakkan memotong lori semasa ia membelok atau buat pusingan U

Ketika lori hendak membelok atau membuat pusingan u, penunggang motosikal harus mengelakkan daripada memotong atau berada di sebelah kenderaan tersebut.

Kenderaan berat memerlukan ruang yang lebih luas untuk membelok dan pemandu mungkin tidak menyedari kehadiran motosikal di kawasan tersebut.

Oleh itu, penunggang perlu bersabar dan memberi laluan supaya lori dapat membuat pergerakan dengan selamat tanpa risiko berlakunya pelanggaran. Kesabaran ini amat penting dalam memastikan keselamatan bersama di jalan raya.

4. Perlahankan kelajuan apabila lori berhenti

Di samping itu, jika anda ternampak lori berhenti di lorong kecemasan atau mengalami kerosakan, adalah lebih bijak untuk mengurangkan kelajuan motosikal anda.

Memberi ruang yang cukup membolehkan anda mengelak daripada bahaya seperti objek di jalan atau pekerja jalan raya. Selain itu, memperlahankan pergerakan juga penting untuk mengatasi pergerakan lori yang mungkin tidak dijangka.

Langkah ini bukan sahaja melindungi diri sendiri, malah ianya dapat membantu untuk mengelakkan situasi yang boleh mencetuskan kemalangan berantai.

Sentiasa kekal fokus dan bersedia untuk bertindak pantas adalah kunci utama dalam menghadapi situasi sebegini dengan selamat.

Kesimpulannya, menunggang motosikal dengan berhati-hati dan bijak ketika berdekatan dengan kenderaan berat adalah kunci utama untuk memastikan keselamatan di jalan raya.

Dengan mengamalkan langkah keselamatan tersebut, penunggang motosikal dapat mengurangkan risiko kemalangan dan menjadikan perjalanan lebih tenang dan selamat.

BACA : 6 Tanda Anda Perlu Servis Segera Peti Ais