Terkini

Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
6 Tanda Peti Sejuk Anda Perlukan Servis Segera 
Gambar AI
Tiada Kategori

6 Tanda Anda Perlu Servis Segera Peti Ais

suhaila

6 Tanda Anda Perlu Servis Segera Peti Ais

Peti sejuk merupakan antara peralatan elektrik yang paling penting dan wajib ada dalam setiap isi rumah moden hari ini.

Ia berfungsi sebagai tempat penyimpanan utama bagi makanan mentah, bahan masakan harian, minuman dan juga bahan perubatan yang memerlukan suhu sejuk.

Tanpa peti sejuk yang berfungsi dengan baik, urusan dapur dan penyediaan makanan boleh menjadi sukar dan tidak teratur.

Ia bukan sahaja membantu mengekalkan kesegaran bahan mentah seperti sayur-sayuran, daging dan tenusu, tetapi juga berperanan penting dalam mengelakkan pembaziran makanan dengan memastikan makanan tahan lebih lama dan tidak cepat rosak.

Namun begitu, dalam kesibukan rutin harian, ramai antara kita sering mengabaikan isyarat awal yang menunjukkan bahawa peti sejuk sudah mula mengalami masalah.

Tanda-tanda kecil seperti perubahan suhu atau kehadiran air bertakung sering dianggap remeh. Walhal ia mungkin merupakan petunjuk awal kepada kerosakan dalaman yang lebih serius.

Jika masalah ini dibiarkan berlarutan tanpa tindakan, ia bukan sahaja merosakkan makanan yang disimpan dan tidak selamat untuk dimakan, malah kos untuk membaiki atau menggantikan peti sejuk yang sudah rosak juga boleh menjadi sangat tinggi.

Justeru itu, amat penting untuk anda mengenalpasti dan mengambil tindakan segera apabila peti sejuk menunjukkan sebarang tanda kegagalan fungsi.

Dalam artikel kali ini, kami akan kongsikan 6 tanda yang paling jelas bahawa peti sejuk anda perlukan servis dengan kadar yang segera.

1. Bunyi yang bising atau bunyi pelik

Setiap peti sejuk sememangnya mengeluarkan bunyi apabila beroperasi. Namun, jika anda mula mendengar bunyi dengungan kuat, atau bunyi ketukan yang pelik, itu petanda ada komponen dalaman seperti motor atau kipas yang tidak berfungsi dengan baik.

Bunyi luar biasa ini tidak seharusnya diabaikan kerana ia boleh membawa kepada kerosakan lebih besar jika tidak ditangani segera.

Dalam kebanyakan kes, bunyi pelik ini adalah petanda awal sebelum kerosakan serius berlaku pada sistem penyejukan. Semakin lama anda menangguh untuk membaikinya, semakin tinggi risiko kos pembaikan yang mahal.

2. Tidak sejuk

Tujuan utama peti sejuk adalah untuk menyejukkan bahan. Jadi, jika anda dapati makanan tidak lagi sejuk seperti biasa walaupun suhu telah ditetapkan pada tahap maksimum, ini petanda utama bahawa sistem penyejukan mungkin bermasalah.

Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kebocoran gas penyejuk, pemampat yang lemah atau termostat yang rosak. Masalah seperti ini seeloknya diperiksa oleh juruteknik yang bertauliah.

Jika dibiarkan masalah seperti ini berlarutan, ia bukan sahaja merosakkan makanan yang disimpan, malah bau busuk juga boleh tersebar ke seluruh ruang dapur.

Keadaan ini bukan sahaja tidak menyenangkan, tetapi ia juga boleh menjejaskan kesihatan penghuni rumah.

Kenalpasti 6 Tanda Peti Ais Anda Perlukan Servis Dengan Segera

3. Bahagian dalam membeku terlalu banyak

Sekiranya anda menggunakan peti sejuk jenis tanpa beku automatik tetapi masih mendapati dinding dalamannya dilitupi ais tebal, ini menunjukkan sistem pembekuan tidak berfungsi dengan betul.

Masalah seperti termostat rosak, saluran udara tersumbat atau suis defrost tidak berfungsi boleh menjadi punca.

Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan prestasi peti sejuk, malah boleh mengakibatkan kerosakan makanan.

Selain itu, ais yang terlalu tebal juga boleh menyebabkan ruang penyimpanan menjadi sempit dan menyukarkan aliran udara dingin ke seluruh bahagian peti.

Ini akan menyebabkan beban tambahan kepada pemampat dan mempercepatkan kehausan sistem dalaman.

4. Air bertakung atau bocor

Selain itu, kehadiran air di bawah peti sejuk atau lantai dapur bukan perkara biasa. Ia mungkin berpunca daripada saluran keluar air yang tersumbat, masalah pada dulang penyejat atau gasket pintu yang sudah tidak kedap.

Jika tidak dirawat awal, kebocoran ini boleh menyebabkan kerosakan lantai dan menjadi tempat pembiakan kulat atau serangga.

Air yang bertakung juga boleh mengundang risiko tergelincir terutamanya bagi kanak-kanak dan warga emas. Ia turut menimbulkan suasana dapur yang lembap, berbau dan tidak selesa untuk digunakan.

BACA : Tip Cuci Baju Putih Guna Mesin Basuh, Tapi Kekal Cerah

5. Lampu tidak menyala atau malap

Lampu dalam peti sejuk juga sepatutnya menyala secara automatik apabila pintu dibuka. Jika lampu gagal menyala atau hanya menyala samar-samar, ia mungkin menandakan masalah pada suis pintu, pendawaian dalaman atau mentol yang sudah rosak.

Walaupun ia kelihatan kecil, ini juga petunjuk bahawa sistem elektrik peti sejuk anda mungkin perlu diperiksa secara menyeluruh.

Masalah elektrik kecil yang tidak dibaiki boleh menjadi punca litar pintas yang lebih serius. Dalam situasi tertentu, ia juga boleh menyebabkan peti sejuk gagal untuk terus berfungsi.

6. Bil elektrik meningkat

Di samping itu, peti sejuk yang berfungsi secara tidak efisien akan menggunakan lebih banyak tenaga untuk mengekalkan suhu.

Jika anda perasan bil elektrik meningkat secara drastik tanpa perubahan penggunaan lain dalam rumah, periksa peti sejuk anda. Pemampat yang haus atau sistem penyejukan yang tidak optimum boleh menjadi punca pembaziran tenaga.

Selain meningkatkan kos bulanan, ia juga menunjukkan bahawa peti sejuk sedang bekerja terlalu kuat dan berisiko mengalami kerosakan dalam masa terdekat.

Melakukan servis awal dapat membantu memulihkan kecekapan tenaga dan menjimatkan kos dalam jangka panjang.

Perhati tanda-tanda peti ais tunjuk, servis segera elak kerosakan lebih ketara

Oleh itu, peti sejuk yang diselenggara dengan baik dapat membuatkan ianya tahan lama serta menjimatkan wang anda untuk jangka masa yang panjang.

Jika anda mengenal pasti salah satu daripada tanda-tanda di atas, segera hubungi pakar servis bertauliah untuk pemeriksaan dan pembaikan.

Sumber : kearslyservice, powerpointglos

BACA : 8 Barang Yang Ramai Suka Simpan Tetapi Bahaya