Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Tidak Tergesa Beli EV, Lelaki Senaraikan 4 Sebab Utama
Minat terhadap kenderaan elektrik (EV) semakin meningkat, lebih-lebih lagi dengan pelbagai tawaran model dari China yang dilengkapi teknologi canggih dan harga menarik. Namun, dalam keghairahan ramai mengejar revolusi automotif ini, ada yang memilih untuk tidak terburu-buru.
Seorang pengguna Facebook, Razzaaq tampil berkongsi pandangan jujurnya sebelum dia bersedia menyertai gelombang EV. Bukan kerana tidak mampu atau tidak teruja, tetapi kerana ingin menilai lebih mendalam soal kos jangka panjang dan tahap praktikal kereta.
Melalui perkongsian di media sosial, lelaki ini menyenaraikan empat sebab utama kenapa dia memilih untuk ‘tunggu dan lihat’ dahulu sebelum membuat keputusan membeli EV, khususnya model dari China.
EV sekarang memang best tapi sebelum kita cair tengok skrin besar tu. Cuba baca dulu.
Saya tonton satu video jutawan ni beli Mclaren P1 terpakai. Kereta ni hybrid, baru je dia beli terus kena tukar bateri hybrid sebab kereta ni lama tak jalan. Harga bateri? RM500,000. Kereta P1 tu tak banyak gerak jadi bateri dia tak boleh cycle discaj dengan baik. Tu kereta hybrid, kalau EV macam mana?
1. Bateri ni jantung EV. Bateri ni yang mahal nak ganti.
Ramai kata bateri EV boleh tahan 8 hingga 10 tahun secara teori. Tapi hakikatnya? Bateri degrade ikut masa, nak ganti tu berpuluh ribu. Tak banyak pembeli kereta terpakai sanggup tanggung risiko beli EV. Apa jadi pada nilai kereta EV kita?
2. Model baru terlalu banyak.
Dulu kalau nak beli sedan segmen D, yang popular kita ada Accord, Camry, Mazda6. Kia dan Hyundai nak lawan, bagi spesifikasi tinggi, harga murah sikit. Senang. Sekarang dah tak mudah, kereta EV yang baru masuk terlalu banyak sampai model yang tak pernah dengar pun ada. Nak pilih satu hal lagi.
Masa BYD Atto masuk awal 2023 dulu. Saya memang rasa berbaloi sangat EV ni. Tapi sekarang kalau saya beli banding dengan EV lain memang dah level ‘purba’ dah kereta ni. Padahal baru dua tahun.
3. Psikologi pengguna belum stabil.
Bakal atau pembeli EV masih dalam fasa “test market”. Kalau beli pun sebab trend, bukan sebab keperluan. Bila hype dah turun, faham-faham la permintaan EV baru dan terpakai ni macam mana nanti. Kalau dah terbeli model yang tak berapa popular macam MG atau Dongfeng tu macam mana?
4. Bagi saya EV ni bukan sekadar kereta lagi tapi dah macam smartphone.
Teknologi maju terlalu cepat, EV ni banyak bergantung pada perisian. Kalau syarikat tutup, nak kemas kini kat mana? Tapi tak semua EV bergantung pada perisian, cuma alat ganti la yang risau tu. Bengkel pusat perkhidmatan dengan sokongan alat ganti untuk EV ni masih tak menyakinkan saya.
Banyak EV masih baru di Malaysia. Ada yang belum dua tahun pun. Pusat perkhidmatan pula ada berapa je. Jenama baru Zeekr tu saya minat gila kereta dia tapi bila tengok ada dua je pusat perkhidmatan dia. Kalau rasa ok je walaupun pusat perkhidmatan ada dua, cuba kalau ada isu nanti. Bayangkan dari Penang ke KL untuk periksa sensor.
Kalau kena tinggal kereta? Nak kena balik naik bas. Kalau kerja nak kena ambil cuti lagi.
Bengkel luar pun tak banyak yang mahir EV. Nak baiki EV ni pun sepatutnya bukan murah. Jangan ingat tak ada enjin, kos kekal rendah. Kemalangan kecil pun boleh cecah ribu sebab sensor, kamera, dan aksesori canggih tu.
Jadi kalau saya, saya bertenang dulu. Tengok market. Tengok bateri tahan ke tak. Tengok nilai jual semula lepas lima tahun. Biar orang lain yang banyak duit dulu test market.
Sumber: Razzaq Ajaq
BACA: Arab Saudi Lihat Anak Bulan Zulhijjah Hari Ini, Penentu Hari Arafah & Aidiladha