Siakap Keli
elon musk trump
Kredit: AFP

Elon Musk Angkat Kaki, Tinggalkan Pentadbiran Trump

Elon Musk Angkat Kaki, Tinggalkan Pentadbiran Trump

Bilionair, Elon Musk mengucapkan selamat tinggal kepada Rumah Putih selepas memaklumkan bahawa dia tidak lagi akan ketuai pasukan petugas penjimatan kos yang ditubuh oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.

Menerusi catatan di laman X, Musk mengucapkan terima kasih kepada Trump atas peluang yang diberikan kepadanya dalam Jabatan Kecekapan Kerajaan atau lebih dikenali sebagai DOGE, lapor BBC.

Musk menjadi pegawai khas kerajaan sejak pelantikan Trump pada 20 Januari lalu, membolehkannya bekerja di pejabat persekutuan.

“Memandangkan masa yang dijadualkan sebagai Kakitangan Kerajaan Khas akan berakhir, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Presiden Donald Trump atas peluang untuk mengurangkan perbelanjaan yang membazir.

“Misi DOGE akan kekal kukuh dari semasa ke semasa kerana ia menjadi cara hidup dalam kerajaan,” katanya.

Menurut BBC, Rumah Putih akan mula offboarding Musk sebagai kakitangan kerajaan khas pada malam Rabu.

BACA: Elon Musk Hilang Sekitar RM128 Bilion Dalam Sehari

Pengunduran Musk berlaku selepas dia menyatakan kekecewaan dengan bajet yang diumumkan oleh Trump. Terdahulu, Trump mencadangkan pelepasan cukai multi-trilion dolar dan menambah perbelanjaan pertahanan.

Dalam satu temu bual, pemilik SpaceX dan Tesla itu berkata bahawa rang undang-undang terbabit akan meningkatkan defisit persekutuan. Tambahnya lagi, dia berpendapat bahawa keputusan itu menjejaskan kerja DOGE, yang telah memecat puluhan ribu orang.

Musk juga berkata DOGE menjadi ‘kambing hitam’ untuk segala-galanya, lapor AFP.

“Bila terjadi sesuatu yang buruk di mana-mana sahaja, kami akan dipersalahkan untuknya walaupun kami tiada kaitan dengannya,” katanya dalam temubual bersama Washington Post.

Selain pergolakan politik di Rumah Putih ini, Musk juga mencuri tumpuan apabila keuntungan Tesla semakin merudum.

Syarikat kereta elektrik itu baru-baru ini memberi amaran kepada pelabur bahawa masalah kewangan boleh berterusan.

Selain itu, Space X juga mengalami beberapa siri kegagalan. Terbaru, prototaip Starship syarikat itu meletup di Lautan Hindi pada Selasa.

Taikun itu berkata pada minggu lalu bahawa beliau akan menarik diri daripada membelanjakan hartanya untuk politik. Sebelum ini beliau telah membelanjakan kira-kira satu perempat bilion dolar untuk menyokong Trump.

Sumber: BBC

Sofea

Iqra'.

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.