Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

KUALA LUMPUR – Kalau anda kaki buku dan tengah berkira-kira nak serbu Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025 (PBAKL 2025), ini berita baik untuk anda.
Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) bukan sahaja bawa terbitan hebat dan khazanah ilmu Melayu ke reruai mereka tahun ni, tapi lebih menarik mereka juga tampil dengan sistem pembayaran digital yang dipanggil iPayment.


Lokasi PNM di PBAKL: Reruai PNM 6-53 Aras 3, Dewan Tun Razak 3
Apa Itu iPayment?
Sistem ni bukan main-main. iPayment adalah inisiatif kerajaan yang memudahkan rakyat untuk buat pembayaran secara dalam talian, tanpa tunai. Tak perlu susah payah bawa duit tunai, tak perlu risau kena tunggu baki. Semua boleh settle terus dari telefon.
Tapi ada satu benda penting, anda perlu daftar ID pengguna terlebih dahulu sebelum buat pembayaran. Tak daftar, tak dapat nak guna. Jadi daftar awal-awal di laman web rasmi: https://ipayment.anm.gov.my


Terbitan mereka bukan biasa-biasa:
Warisan Manuskrip Melayu (Edisi Kedua)
Kitab Tib: Ilmu Perubatan Melayu oleh Harun Mat Piah
Sumber Historiografi Alam Melayu oleh Prof. Dr. Tatiana A. Denisova
Dan paling best, diskaun gila-gila dari 20% hingga 50%!




Dengan iPayment, para pembaca boleh nikmati pengalaman beli buku yang bukan saja lebih cepat, tapi juga lebih selamat dan cekap. Tak payah beratur panjang, tak payah cari duit kecil. Scan, klik, bayar buku terus jadi milik anda.
Lokasi PNM di PBAKL: Pavilion Kementerian Perpaduan Negara, 2-22, Aras 2, Legar Putra, WTCKL.
Jadi jangan lepaskan peluang. Datang ke PBAKL 2025, daftar ID iPayment anda, dan nikmati pengalaman pembelian buku yang serba digital!
Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran: https://ipayment.anm.gov.my
#PBAKL2025 #PNM #iPayment #MalaysiaMembaca #DaftarDuluBayarMudah #BacaSamaSama #MalaysiaMadani