Siakap Keli
sultan pahang hargai wartawan
BERNAMA

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Hargai Sumbangan Wartawan Jalankan Tugas Dengan Beretika

Sultan Pahang, Tengku Ampuan Hargai Sumbangan Wartawan Jalankan Tugas Dengan Beretika

KUANTAN, 30 Mei (Bernama) — Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan Selamat Hari Wartawan Nasional (HAWANA) kepada seluruh warga media di Malaysia, khususnya kepada wartawan di negeri ini.

Baginda berdua amat menghargai sumbangan besar wartawan yang sentiasa berpegang teguh kepada prinsip kewartawanan yang beretika, berintegriti serta berani menyuarakan kebenaran.

“Dalam era ledakan maklumat yang serba pantas ini, peranan wartawan sebagai penyampai maklumat yang sahih, telus dan seimbang amat penting dalam membentuk masyarakat yang celik dan bertanggungjawab,” menurut hantaran di laman Facebook Kesultanan Pahang hari ini.

Baginda berdua percaya wartawan bukan sahaja menjadi mata dan telinga rakyat, tetapi juga sebagai penghubung antara pemerintah dengan rakyat dalam menyampaikan suara serta keperluan masyarakat.

“Di Pahang, peranan media dalam menyebarkan maklumat pembangunan, pendidikan, kebajikan serta pelbagai penulisan yang membina amatlah dihargai.

“Baginda berdua mendoakan agar semua wartawan terus diberikan kekuatan, kesihatan dan iltizam untuk meneruskan perjuangan suci ini demi kebaikan negeri dan negara,” menurut hantaran itu.

— BERNAMA

LIHAT JUGA

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.