Siakap Keli
Gambar: Akhyar Rashid/IG, DPMM FC/FB

Akhyar Rashid ‘Diburu’ Kelab Brunei

Akhyar Rashid ‘Diburu’ Kelab Brunei

Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Akhyar Rashid, berkemungkinan besar akan menjadi pemain tempatan kedua selepas Fairuz Zakaria yang menyertai kelab Duli Pengiran Muda Mahkota (DPMM) Brunei bagi menghadapi saingan Liga Super musim hadapan.

Perkara ini disahkan sendiri oleh pihak DPMM menerusi satu kenyataan rasmi, yang memaklumkan bahawa mereka kini sedang mengadakan perbincangan dengan penyerang pasukan Terengganu itu.

“DPMM sedang mengadakan rundingan bersama Akhar Rashid. Kami berharap dapat memuktamadkan perpindahan ini,” menurut kenyataan kelab berkenaan.

Bagaimanapun, setakat ini, tiada perkembangan baharu diumumkan mengenai keputusan akhir rundingan tersebut.

Dalam pada itu, satu daripada kuota pemain import dari Asia Tenggara (ASEAN) telah pun diisi oleh pemain kebangsaan Indonesia, Ramadhan Sananta.

Untuk info, kelab DPMM telah disahkan akan beraksi dalam Liga Super Malaysia sebagai pasukan jemputan selepas mendapat kelulusan rasmi daripada Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), seperti yang diumumkan oleh Liga Bolasepak Malaysia (MFL) baru-baru ini.

BACA: Brunei DPMM FC Sah Sertai Liga M Musim Depan

BACA: Amsyar Lee ‘Mendunia’, Nyanyi Lagu Hannah Delisha Versi Jepun Di Sing Asia

BACA: Hukum Solat Di Atas Kerusi Yang Ada Tempat Sujud – Mufti WP

Sumber: Stadium Astro

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.