Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Brunei DPMM FC Sah Sertai Liga M Musim Depan 

Iqbal Yasir
brunei sertai liga m
Gambar: Bernama

Brunei DPMM FC Sah Sertai Liga M Musim Depan

KUALA LUMPUR — Brunei DPMM FC secara rasmi bakal membuat kemunculan dalam Liga Super 2025/26.

Perkara itu diumumkan pengurusan kelab berkenaan menerusi satu kenyataan di laman sesawang rasmi.

Sejurus pengumuman itu, bekas pemain pertahanan Pulau Pinang (Penang FC), Fairuz Zakaria individu terawal direkrut oleh kelab berkenaan.

Perpindahan pemain berusia 27 tahun itu, menjadikan Fairuz pemain Malaysia pertama tersenarai dalam pasukan DPMM.

“Fairuz Zakaria sudah bersetuju untuk menyertai DPMM FC untuk saingan Liga Super Malaysia musim 2025/26,” maklum kelab itu.

Tambah kelab itu, pemain Malaysia dan Brunei juga dianggap sebagai pemain tempatan untuk DPMM FC untuk musim Liga Super di mana ia satu berita baik buat pasukan.

“Fairuz Zakaria, 27, kerap beraksi untuk Penang FC musim lepas dan DPMM berharap beliau akan tampil cemerlang bersama pasukan untuk musim hadapan,” maklum kenyataan itu lagi.

Sumber: DPMM

BACA: Seorang Lagi Pemain Warisan Dikhabarkan Bakal Perkuat Harimau Malaya

BACA: Tunku Mahkota Ismail Nasihat Semua Pihak Beri Sokongan Positif Kepada Pasukan Kebangsaan