Seorang Lagi Pemain Warisan Dikhabarkan Bakal Perkuat Harimau Malaya
Harimau Malaya dikhabarkan bakal menerima satu lagi suntikan tenaga baharu apabila seorang pemain kelahiran Argentina dilaporkan bakal menyertai skuad kebangsaan sebagai pemain warisan.
Perkara ini timbul selepas Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Peter Cklamovski, memberikan bayangan mengenai kehadiran seorang lagi pemain “Malaysian Abroad”.
‘Bayangan’ itu dikongsikan semasa sidang media pengumuman senarai pemain bagi aksi Kelayakan Piala Asia 2027 minggu lalu.
Menurut Cklamovski, proses dokumentasi pemain tersebut sedang dalam peringkat akhir dan dijangka selesai dalam masa terdekat.
Meskipun identiti sebenar pemain itu tidak didedahkan, ramai beranggapan bahawa beliau merujuk kepada Jon Irazabal, seorang pemain yang pernah dikaitkan dengan Harimau Malaya sejak Mac lalu.
Namun begitu, laman Harimau Abroad baru-baru ini melaporkan kemunculan satu lagi nama baharu yang dipercayai turut berpotensi memperkuatkan pasukan negara.
Pemain yang dimaksudkan ialah Rodrigo Holgado, penyerang kelab America de Cali dari Colombia.
https://x.com/HarimauAbroad/status/1924592536154464610?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1924592536154464610%7Ctwgr%5Ed94bb626f5cd1050fd185753283fb26c712fd499%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fstadiumastro.com%2Fbola-sepak%2Fterkini-tunggu-pasport-selesai-pemain-kelahiran-argentina-bakal-perkuat-harimau-malaya-bertemu-vietnam-288944%3Ffbclid%3DIwY2xjawKYu7hleHRuA2FlbQIxMQBicmlkETFETHFFd1FIaGNQdm9YaG9sAR76sJUyRVnXxyzcbYDIR7d95YgXekV4PPudQGPcca_yp-nB6cq9SesTjNgLGg_aem_YAac99BJrkUTKCqSPzMvSg
Difahamkan, Holgado mempunyai pertalian darah dengan Malaysia melalui neneknya, sekali gus melayakkannya untuk dipertimbangkan sebagai pemain warisan.
Walau bagaimanapun, setakat ini masih belum ada sebarang pengesahan rasmi daripada pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atau mana-mana pihak berkaitan.
Jika berita ini benar, kehadiran Holgado dijangka memberikan kelebihan besar buat Harimau Malaya, khususnya di bahagian serangan yang memerlukan penyudah tajam di hadapan pintu gol.
Untuk rekod, pemain berusia 29 tahun itu pernah menyarung jersi kelab terkenal Argentina, San Lorenzo, sebelum berhijrah ke liga utama Colombia.
Setakat ini, beliau telah merekodkan 15 penampilan dan menjaringkan tujuh gol, satu pencapaian yang dianggap memberangsangkan.
Selain kemampuannya menjaringkan gol, Holgado turut memiliki ketinggian ideal, menjadikannya ancaman utama ketika situasi bola mati.
Dalam perkembangan berkaitan, menurut laporan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, dua lagi pemain iaitu Gabriel Palmero dan Hector Hevel turut berada dalam radar skuad kebangsaan.
Gabriel masih belum melaporkan diri di Pusat Latihan Padang Seri Gelam, Johor, manakala Hector dijangka menyertai pasukan pada Fasa 3 latihan Harimau Malaya.
BACA: Tunku Mahkota Ismail Nasihat Semua Pihak Beri Sokongan Positif Kepada Pasukan Kebangsaan
BACA: Sentuhan Magis Herry Bantu Aaron-Wooi Yik Juara Terbuka Thailand
BACA: Pearly Tan-M. Thinaah Juara Terbuka Thailand 2025
Sumber: Stadium Astro