Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Bantuan MyKasih RM2,100 Melalui MyKad: Panduan Semakan Kelayakan dan Jadual Bayaran 2025
Adakah anda tergolong dalam kumpulan penerima yang layak menikmati Bantuan MyKasih bernilai RM2,100 untuk tahun 2025?
Jika ya, ketahui cara semakan kelayakan dan maklumat penting lain yang berkenaan dengan bantuan ini. Bantuan MyKasih ini disalurkan terus ke dalam MyKad anda. I
nisiatif ini bukan sahaja dapat membantu untuk meringankan beban kewangan rakyat yang berpendapatan rendah tetapi juga dapat memudahkan proses pengagihan bantuan tanpa memerlukan tunai atau pemindahan ke akaun bank.
Bantuan MyKasih merupakan sebahagian daripada strategi kerajaan untuk membantu golongan isi rumah yang berpendapatan rendah di seluruh negara.
Menerusi bantuan ini, penerima yang layak akan menerima sejumlah RM2,100 setahun. Ianya akan dikreditkan secara bulanan ke dalam MyKad dan menjadikannya lebih mudah dan selamat untuk digunakan.
Siapakah yang layak terima bantuan ini?
Antara syarat untuk menerima Bantuan MyKasih RM2,100 ini adalah seperti berikut:
Warganegara Malaysia.
Merupakan Ketua Isi Rumah (KIR).
Pendapatan isi rumah di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK) semasa.
Telah lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 di bawah kategori isi rumah.
Tersenarai dalam pangkalan data e-Kasih sebagai penerima miskin atau miskin tegar sebelum atau pada 31 Oktober 2024.
Jika anda menepati semua kriteria di atas, anda berkemungkinan besar tersenarai sebagai penerima bantuan ini.
Jadual bayaran Bantuan MyKasih 2025
Pengagihan bantuan ini dilakukan secara ansuran bulanan bukannya sekaligus. Berikut merupakan jadual bayaran sepanjang tahun 2025:
Bil | Tarikh Bayaran | Jumlah (RM) |
|---|---|---|
1 | 15 Januari 2025 (Rabu) | 100 |
2 | 1 Februari 2025 (Sabtu) | 100 |
3 | 1 Mac 2025 (Sabtu) | 100 |
4 | 1 April 2025 (Selasa) | 200 |
5 | 1 Mei 2025 (Khamis) | 200 |
6 | 1 Jun 2025 (Ahad) | 200 |
7 | 1 Julai 2025 (Selasa) | 200 |
8 | 1 Ogos 2025 (Jumaat) | 200 |
9 | 1 September 2025 (Isnin) | 200 |
10 | 1 Oktober 2025 (Rabu) | 200 |
11 | 1 November 2025 (Sabtu) | 200 |
12 | 1 Disember 2025 (Isnin) | 200 |
Jumlah Keseluruhan | RM2,100 |
BACA : Rahsia, Cara Kereta Kekal Wangi & Bersih Walau Ada Anak Kecil
Cara semak status kelayakan anda secara online
Terdapat dua portal rasmi yang boleh anda gunakan untuk membuat semakan status penerimaan bantuan:
Layari: https://mykasih.com.my
Klik menu “Semak Kelayakan”
Masukkan nombor MyKad (tanpa tanda sengkang)
Klik butang “Semakan Status”
Status akan dipaparkan sama ada anda “Layak” atau “No. MyKad tidak wujud dalam sistem”
2. Portal Rasmi STR
Layari laman rasmi STR
Masukkan nombor MyKad dan klik “Log Masuk”
Klik “Semakan Permohonan”
Pilih “Semakan 2025”
Status akan dipaparkan sebagai “Lulus” atau “Tidak Lulus” di bawah Bantuan SARA
Bagaimana bantuan ini digunakan melalui MyKad?
Wang bantuan ini tidak boleh dikeluarkan secara tunai. Sebaliknya ia hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan tertentu di pasar raya dan kedai runcit yang mengambil bahagian. Antara barangan yang boleh dibeli termasuk:
1. Barangan Dapur
Beras, telur, roti, minyak masak, tepung, makanan dalam tin, mi segera, biskut dan bahan perasa.
2. Keperluan Diri
Ubat gigi, sabun mandian, tuala wanita dan lain-lain produk penjagaan diri asas.
3. Barangan Sekolah
Pakaian seragam sekolah, kasut, beg, alat tulis dan kelengkapan asas pembelajaran.
4. Ubat-Ubatan
Produk seperti paracetamol, ubat batuk dan ubat-ubatan ringan yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
5. Produk Kebersihan Rumah
Sabun pencuci pinggan, sabun atau serbuk pencuci pakaian, serta sabun pencuci lantai.
Bantuan MyKasih sebanyak RM2,100 setahun ini merupakan satu lagi inisiatif pro-rakyat yang amat membantu golongan kurang berkemampuan menghadapi tekanan ekonomi harian.
Dengan hanya menggunakan MyKad, penerima tidak perlu risau tentang kehilangan wang tunai atau kerumitan urusan bank.
Semoga bermanfaat.
BACA : 7 Rahsia, Tip, Cara Jaga “Aircond” Kereta Kekal Sejuk