Terkini

Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
tip rahsia cara jaga aircond sejuk
Gambar AI
Tiada Kategori

7 Rahsia, Tip, Cara Jaga “Aircond” Kereta Kekal Sejuk

suhaila

7 Rahsia, Tip, Cara Jaga “Aircond” Kereta Kekal Sejuk

Sistem penyaman udara (aircond) kereta merupakan komponen penting dalam sesebuah kenderaan terutamanya di negara yang beriklim panas dan lembap seperti Malaysia.

Ianya dapat memberikan keselesaan kepada pemandu dan penumpang. Selain itu, ia juga dapat membantu untuk mengurangkan keletihan serta meningkatkan fokus ketika anda memandu. Khususnya dalam kesesakan lalu lintas atau perjalanan jauh.

Namun begitu, masih ramai pemilik kenderaan yang mengambil ringan aspek penyelenggaraan aircond. Mereka hanya bertindak apabila sistem aircond kereta mereka mula bermasalah.

Sikap ini boleh menyebabkan kerosakan serius dan memerlukan kos pembaikan yang tinggi. Penjagaan yang berkala sebenarnya mampu memanjangkan jangka hayat komponen utama seperti kompresor dan penapis kabin.

Di samping itu, ia juga dapat mengekalkan prestasi penyejukan yang optimum. Dengan mengamalkan beberapa langkah mudah, anda dapat menikmati perjalanan yang lebih selesa dan mengelakkan kerosakan yang tidak dijangka.

Artikel ini akan menghuraikan tujuh cara, tip dan rahsia penting yang boleh membantu anda untuk memastikan penjagaan aircond kereta agar sentiasa berada dalam keadaan baik, kekal sejuk dan tahan lama.

1. Hidupkan aircond secara betul

Ramai yang tidak menyedari bahawa tabiat menghidupkan penyaman udara secara tergesa-gesa sebelum enjin dihidupkan boleh memberikan tekanan yang berlebihan kepada sistem elektrik kenderaan.

Apabila aircond dihidupkan sebelum enjin berfungsi sepenuhnya, ia akan memaksa sistem mengambil tenaga daripada bateri semata-mata.

Keadaan ini boleh menjejaskan jangka hayat bateri serta memberi beban tidak perlu kepada kompresor. Cara yang betul ialah dengan menghidupkan enjin terlebih dahulu, kemudian biarkan ia stabil selama beberapa saat.

Seterusnya barulah hidupkan aircond. Langkah mudah ini boleh membantu memelihara sistem penyaman udara agar lebih tahan lama dan cekap.

Ketahui 7 Rahsia, Tip & Cara Nak Jaga “Aircond” Kereta Agar Kekal Sejuk

2. Gunakan fungsi kitaran dalaman (Recirculation Mode)

Fungsi kitaran dalaman pada sistem aircond adalah sangat berguna untuk mengekalkan udara sejuk dalam kabin dan mempercepatkan proses penyejukan.

Mod ini berfungsi dengan mengitar semula udara sejuk di dalam kereta tanpa menarik udara panas dari luar. Ini secara langsung mengurangkan beban pada sistem penyejukan dan menjimatkan penggunaan tenaga serta bahan api.

Selain itu, ia juga dapat membantu untuk menapis bau dari luar yang tidak menyenangkan seperti asap atau pencemaran. Kedaaan ini sekaligus dapat memberikan keselesaan tambahan semasa memandu.

Gunakan fungsi ini terutamanya ketika memandu di kawasan bandar yang sesak dan panas.

3. Bersihkan dan tukar penapis kabin secara berkala

Selain itu, penapis kabin juga memainkan peranan penting dalam memastikan udara yang masuk ke dalam kereta adalah udara yang bersih dan bebas habuk.

Sekiranya penapis ini kotor atau tersumbat, ia akan menyekat aliran udara dan menyebabkan sistem aircond bekerja lebih keras untuk menghasilkan kesejukan.

Keadaan ini bukan sahaja akan mengurangkan kecekapan penyejukan malah boleh menyebabkan kerosakan dalaman jangka panjang pada sistem penyejukan.

Oleh itu, periksa dan tukar penapis kabin secara berkala sekurang-kurangnya setiap 15,000 hingga 20,000 kilometer atau mengikut jadual penyelenggaraan yang disarankan oleh pengeluar.

Ini akan memastikan aliran udara kekal lancar dan bersih sepanjang masa.

4. Elakkan meletak kereta di tempat panas

Meletakkan kereta di bawah cahaya matahari secara berterusan boleh memberi kesan negatif kepada keadaan dalaman kenderaan.

Apabila terdedah dalam tempoh yang lama, suhu dalam kabin boleh meningkat dengan ketara dan menyebabkan ketidakselesaan.

Apabila anda masuk semula ke dalam kereta, sistem aircond terpaksa bekerja lebih keras untuk menyejukkan kabin yang sudah pun terlalu panas.

Ini bukan sahaja menjejaskan kecekapan aircond tetapi ia juga boleh mempercepatkan kehausan komponen yang lain seperti kompresor.

Untuk mengurangkan masalah ini, cuba letakkan kenderaan di tempat berbumbung atau berlindung di bawah pokok.

Jika tiada pilihan lain, gunakan pelindung haba (sunshade) pada cermin hadapan dan sisi untuk mengurangkan kemasukan haba secara langsung ke dalam kabin.

BACA : Rahsia, Cara Kereta Kekal Wangi & Bersih Walau Ada Anak Kecil

5. Servis sistem aircond secara berkala

Sama seperti enjin kereta, sistem aircond juga memerlukan penyelenggaraan secara berkala bagi memastikan ia sentiasa berfungsi dalam keadaan optimum.

Servis ini biasanya melibatkan pemeriksaan tahap gas penyejuk (refrigerant), ujian kebocoran, pembersihan penyejuk (evaporator) dan pemeriksaan terhadap komponen utama seperti kompresor dan kondensor.

Jika gas penyejuk terlalu rendah atau sistem mengalami kebocoran kecil, ia boleh menyebabkan penyejukan tidak efektif dan meningkatkan risiko kerosakan yang lebih serius.

Oleh itu, pastikan anda menghantar kereta ke bengkel yang mempunyai kepakaran dalam penyelenggaraan aircond sekurang-kurangnya setiap 12 hingga 24 bulan bergantung kepada tahap penggunaan.

6. Jangan biarkan sistem aircond tidak digunakan terlalu lama

Walaupun anda jarang memandu atau menggunakan kereta dalam tempoh yang tertentu, namun anda disarankan untuk menghidupkan sistem aircond sekurang-kurangnya sekali seminggu.

Hidupkan aircond selama 10 hingga 15 minit untuk memastikan pelinciran dalaman sistem berjalan dengan baik. Ini penting kerana pelinciran tersebut dapat membantu untuk mencegah kerosakan pada seal dan komponen dalaman lain seperti kompresor dan hose.

Jika sistem dibiarkan terlalu lama tanpa digunakan, ia boleh menyebabkan gasket mengeras dan berlaku kebocoran apabila aircond dihidupkan semula.

Dengan rutin ini, anda mampu mengekalkan kesihatan aircond dalam jangka masa panjang walaupun kereta tidak digunakan setiap hari.

7. Perhatikan tanda-tanda masalah awal

Antara lain, salah satu langkah bijak dalam penjagaan sistem aircond ialah dengan sentiasa peka terhadap sebarang perubahan atau tanda-tanda awal kerosakan.

Contohnya, jika anda mula perasan hembusan udara tidak lagi sejuk seperti biasa, ada bau yang kurang menyenangkan keluar dari ventilasi atau terdengar bunyi pelik semasa aircond dihidupkan itu mungkin petanda awal kerosakan.

Jangan abaikan simptom ini kerana masalah kecil yang tidak ditangani segera boleh berubah menjadi kerosakan besar yang lebih mahal untuk dibaiki. Segera bawa kereta ke pusat servis untuk pemeriksaan sebelum situasi menjadi lebih serius.

Oleh itu, aircond yang sejuk dan berfungsi dengan baik bukan sahaja memberi keselesaan malah memainkan peranan penting dalam pengalaman pemanduan yang menyenangkan terutamanya dalam iklim tropika.

Dengan mengamalkan tip-tip di atas secara konsisten, anda bukan sahaja dapat memanjangkan jangka hayat sistem penyaman udara kereta tetapi juga dapat menjimatkan kos pembaikan di masa hadapan.

Sumber : gemcarrental, themufflerman

BACA : Ini 10 Cara Telefon Pintar Anda Boleh Jadi Lebih Power