Siakap Keli
kesihatan zulkifli ismail
Gambar: Zulkifli Ismail

Pelakon Zulkifli Ismail Kongsi Keadaan Kesihatan Terkini 

Pelakon Zulkifli Ismail Kongsi Keadaan Kesihatan Terkini 

Pelakon veteran Zulkifli Ismail meluahkan rasa syukur selepas masalah kesukaran bernafas ketika tidur atau Obstructive Sleep Apnea (OSA) yang dialaminya semakin menunjukkan tanda positif.

Pelakon berusia 62 tahun itu berkongsi tahap kesihatan semasa dirinya dalam satu hantaran di akaun Facebook rasmi miliknya.

“Sejak 6 bulan lalu saya tidur menggunakan mesin Continuous Positive Airway Pressure (CPAP) bagi mengatasi masalah Obstructive Sleep Apnea (OSA) yang saya alami.

“Alhamdulillah. Dengan izin Allah, tidur saya semakin berkualiti (deep sleep).

“Kadar oksigen ke otak juga semakin meningkat,” kongsinya.

Berkongsi perkembangan terkini, Zulkifli berkata badannya terasa lebih ‘segar’ berbanding sebelum ini terutamanya sewaktu bekerja.

“Saya bangun pagi dengan lebih segar dan bertenaga.

“Sekarang saya tidak lagi rasa mengantuk sewaktu dalam set penggambaran kendatipun penggambaran sehingga tengah malam atau awal pagi,” katanya lagi.

Sebelum ini, bimbang dengan masalah gangguan pernafasan semasa tidur atau sleep apnea, pelakon veteran itu memutuskan untuk menjalani ujian ‘sleep studies.

Menerusi perkongsian di media sosial pada Selasa, aktor berusia 61 tahun itu memaklumkan beliau telah menjalani prosedur tersebut di Hospital Canselor Tuanku Muhriz.

“Alhamdulillah. Pagi tadi saya selesai menjalani prosedur sleep studies dan dibenarkan balik. Minggu depan jumpa doktor untuk mengetahui keputusan ujian.

Sleep studies dilakukan kerana saya sering mengalami gangguan pernafasan ketika tidur atau sleep apnea. Ini termasuklah nafas terhenti beberapa kali sepanjang malam ketika tidur,” ujarnya.

Difahamkan, prosedur sleep studies ini bertujuan mengesan berapa kali pernafasan terganggu, kekerapan beliau terjaga dan tempoh masa diperlukan untuk kembali tidur selepas gangguan.

Dalam masa yang sama, pelakon yang terkenal menerusi watak DSP Razlan dalam drama Gerak Khas itu turut merakamkan penghargaan kepada mereka yang mendoakan kesihatannya.

“Terima kasih kepada kawan-kawan yang mendoakan kesihatan saya,” katanya.

https://www.facebook.com/zulkifli.ismail/posts/pfbid02d1Lo5b73vgvTgZZt5JdYYBPtJjBqzkSMandXeDMRrDxPta71YrqRDBpbg32cu4vjl?rdid=g9QbnUApCx3x1DRk#

Sumber: Facebook Zulkifli Ismail

BACA: AGC Nafi Pengampunan Anwar Tidak Sah 

BACA: Gajah Serbu Kedai Serbaneka, Keluar Lepas Dapat Makan Snek

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.