Siakap Keli
lelaki lembu dikorban sebak
Gambar: Khairul Johari

Momen Lelaki Dakap Lembu Kesayangan Sebelum ‘Dikorban’ Undang Sebak Ramai

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Momen Lelaki Dakap Lembu Kesayangan Sebelum ‘Dikorban’ Undang Sebak Ramai

Kurang seminggu lagi, seluruh umat Islam di Malaysia bakal menyambut Hari Raya Aidiladha atau Hari Raya Korban pada 7 Jun bersamaan 10 Zulhijjah.

Sudah tentunya, ramai yang telah mula membuat persiapan meraikan perayaan ini khusus buat mereka yang ingin melakukan ibadah korban.

Begitulah juga kisah seorang peternak yang dikenali sebagai Khairul Johari berkongsi momen meruntun hati bersama haiwan ternakannya yang bakal dikorbankan dalam mengerjakan ibadah ini di sisi Islam.

Selamat Tinggal Sahabat 

Gambar: Khairul Johari

Saya pernah bela banyak haiwan. Tapi awak lain. 

Awak tak pernah berbicara…

Tapi awak selalu buat saya rasa difahami.
Dalam diam awak, saya jumpa ketenangan yang manusia jarang beri.

Saya pernah duduk di sisi awak waktu langit gelap, waktu jiwa saya serabut, waktu hidup saya sempit. 

Saya tak perlu bercakap banyak. Saya cuma letak tangan atas kepala awak. Dan entah kenapa, saya rasa… dunia jadi perlahan. Nafas saya jadi dalam.

Macam awak, seekor lembu, sedang ajar saya cara untuk hidup perlahan-lahan. 

Awak tak pernah cakap “saya sayang awak”. Tapi awak tunjuk dalam seribu cara.

Bila saya datang ke kandang, awak paling dulu datang. 

Bila saya sakit, awak pandang saya lama-lama, tunduk kepala dekat lutut saya. 

Bila saya menangis diam-diam waktu suap awak makan… awak tenung saya macam awak tahu, awak tak akan lama. 

Saya mula sayang awak bukan sebab awak besar, cantik, jinak. 

Saya mula sayang awak… sebab awak jadi tempat saya belajar erti redha. 

Dan sekarang, saya sedang kira hari. 

Sebab saya tahu, masa kita dah tak panjang.

Raya korban kali ni, awak bukan sekadar haiwan yang saya sembelih. 

Awak sahabat. 

Awak saksi. 

Awak perpisahan yang saya relakan demi Tuhan saya.

Saya tahu awak tak faham apa itu pengorbanan. 

Tapi bila awak rebah nanti, saya percaya… awak akan bawa cinta saya kepada Tuhan, dalam bentuk darah dan takbir. 

Saya takut hari tu. Saya takut tengok awak jatuh. 

Tapi saya tahu… ada cinta yang paling tulus bukan dalam memiliki, tapi dalam melepaskan. 

Dan saya lepaskan awak… bukan sebab saya tak sayang. 

Saya lepaskan awak sebab awak terlalu saya sayang.

Saya harap awak tunggu saya. Sebab di Padang Mahsyar nanti, bila semua amalan saya terlalu kotor untuk diangkat…

Saya cuma nak ada satu saksi. Yang akan datang dari arah kanan. Yang akan kata.

“Dia pernah lepaskan saya demi Tuhan. Dia pernah menangis untuk redha. Dan saya datang hari ini… untuk bantu dia melintas ke syurga,” 

Sumber: Facebook Khairul Johari

BACA: Lembu Korban Terlepas Masuk ‘Highway’, Warga Emas Retak Tulang Belakang Ditanduk Depan Rumah

Iqbal Yasir

A wise man once said "Siuuuuu"

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.