Siakap Keli
Gambar: BERNAMA

Penguatkuasaan Penuh VEP Di Sempadan Malaysia-Singapura Mulai 1 Julai 2025 – Loke

Penguatkuasaan Penuh VEP Di Sempadan Malaysia-Singapura Mulai 1 Julai 2025 – Loke

Kementerian Pengangkutan Malaysia memaklumkan bahawa penguatkuasaan penuh Vehicle Entry Permit (VEP) di pintu sempadan darat Malaysia-Singapura akan bermula secara rasmi pada 1 Julai 2025.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, langkah ini adalah susulan daripada pelaksanaan penguatkuasaan secara berfasa yang telah dimulakan sejak 1 Oktober 2024.

Dalam fasa tersebut, pendekatan berbentuk advokasi telah digunakan dengan pengeluaran Notis Peringatan kepada pemilik kenderaan Singapura yang belum membuat pendaftaran VEP.

“Berdasarkan kepada penguatkuasaan fasa pertama tersebut, sebanyak 52,012 kenderaan Singapura telah diperiksa secara rawak dan 2,245 (4.32%) Notis Peringatan telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan Singapura yang belum mendaftar VEP,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, sehingga 2 Jun 2025, statistik pemasangan tag RFID yang melibatkan kenderaan persendirian individu dan persendirian syarikat adalah seperti berikut:

Sehubungan itu, bermula 1 Julai 2025, mana-mana kenderaan asing yang gagal mendaftar atau mengaktifkan VEP akan dikenakan tindakan undang-undang. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengeluarkan notis saman kepada pemilik kenderaan yang tidak mematuhi peraturan ini.

“Pelaksanaan penguatkuasaan ini adalah selaras dengan Seksyen 66H (7), Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), di mana menjadi kesalahan jika mana-mana orang yang memandu kenderaan motor asing tanpa permit sebelum memasuki atau berada di dalam Malaysia,” jelas Loke.

Untuk info, kaedah penguatkuasaan bagi kenderaan asing melibatkan pendaftaran VEP adalah seperti berikut:

JPJ turut menjelaskan bahawa semua pemilik kenderaan asing yang disaman kerana tiada VEP sah perlu menyelesaikan bayaran saman terlebih dahulu sebelum keluar dari Malaysia.

Pembayaran saman boleh dibuat secara tanpa tunai di kaunter JPJ, JPJ Mobile atau secara dalam talian melalui MyEG.

Justeru, semua pemilik kenderaan asing dari Singapura diminta segera mengambil tindakan untuk mendaftar, memasang dan mengaktifkan tag RFID VEP sebelum tarikh penguatkuasaan sepenuhnya bermula.

Tindakan ini penting bagi mengelakkan sebarang kesulitan ketika melalui sempadan Malaysia-Singapura.

BACA: SPRM Sita Aset RM143 Juta Kes Penyelewengan Dana Sukuk Lebuh Raya

Sumber: Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.